
Gemencheh Tampin.

Sesiapa boleh berbicara dalam blog saya, tiada sekatan dan halangan yang penting dia memberikan maklumat dan pengetahuan pada semua.Pandangan dan cadangan saya dan tuan puan tidak semestinya benar dan boleh di guna pakai. Jangan sesekali menyebarkan fitnah atau tuduhan dalam blog ini. Pandangan perlu jelas tidak memburuk-burukkan mana-mana pihak kerana ditakuti akan menyebabkan timbul rasa kurang senang kepada pihak tertentu nanti.
Tampin
Masalah Dadah di Malaysia sememangnya sejak dahulu lagi telah membimbangkan masyarakat di Negara ini. Masyarakat Melayu yang telah di kenal pasti yang paling ramai terlibat dengan masalah penagihan dadah. Pusat Pemulihan dadah di seluruh Negara sekiranya di buat tinjauan golongan dan bangsa yang menjadi penghuninya akan mendapat satu jawapan yang tepat bangsa melayu khasnya orang melayu terramai yang menghuni Pusat Serenti Di Malaysia. Kes penagih dadah berulang kali masuk Pusat Pemulihan Dadah memang biasa kita dengar, kenapa terjadinya perkara sebegini.
Adakah cara pemulihan oleh Pusat Pemulihan Dadah tidak menepati atau tidak berupaya mengatasi masalah ketagihan yang di alami oleh Penagih Dadah yang di rawat di Pusat Pemulihan Dadah di Malaysia. Penekanan dalam soal ilmu kerohanian dan agama sememang di ambil berat dan rawatan secara moden dengan ubat ubat bagi menghalang mereka terangsang dengan dadah telah di berikan, tapi masih belum berjaya mengatasi masalah penagih dadah berulang menagih dadah bila keluar ke pangkuan masyarakat.
Tampin - 24.03.08
Khir Toyo dan penyapunya telah memberikan gambaran bahawa beliau memang suka membersihkan segala kekotoran yang ada dalam Negeri Selangor semasa area pemerintahan beliau sebagai Menteri Besar Selangor. Tetapi penyapu berkenaan telah bertindak menyapu beliau dan para wakil rakyat yang beliau pilih pada tahun 2004 dalam satu lubang yang akan menutup dan memadamkan sejarah penyapu dan beliau dalam pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.
Pegawai yang menerima penyapu kemungkinan cukup lega dan senang hati, setelah pemberian penyapu oleh beliau telah dibalas dengan penyapu berkenaan menyapu bersih beliau dan rakan-rakan beliau yang memerintah Selangor. Orang tua-tua berkata jangan main penyapu kerana ianya tidak baik kerana digunakan untuk menyapu segala tak baik yang ada di permukaan bumi Allah S.W.T, oleh kerana Khir Toyo tidak mengambil pengajaran dari kata-kata orang tua walaupun beliau berasal dari kampong yang penuh adat dan budaya melayu, kemungkinan beliau kurang percaya dengan kata-kata orang tua maka kata-kata orang tua telah berlaku dalam diri beliau dan rakan-rakan wakil rakyat beliau dalam Negeri Selangor. Sapu tetap menyapu hingga jawatan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor terpaksa diserahkan kepada Mohd Taib yang telah melahirkan wang bernilai jutaan ringgit keluar Negara.
Mohd Taib merasakan kerisauannya setelah penyerahan jawatan berkenaan kerana ditakuti badi penyapu berkenaan akan melanda beliau serta rakan-rakan beliau dalam UMNO Selangor pada pilihan raya ke 13 kelak, kerana pengundi muda bakal mencorakkan pemilihan pada masa akan datang. Mohd Taib telah bermula menyediakan bakul sampah untuk menyimpan sampah yang bakal disapu di Negeri Selangor pada pilihanraya ke 13 kelak.
Tampin - 24.03.2008 ( 8.30 pagi )
Yang lama pasti tak kekal dan yang baru juga tidak semestinya dikekalkan, telah menjadi amalan kehidupan didunia sesiapa yang dilihat mempunyai gaya, cara dan pandai mencipta hubungan yang diistilahkan sebagai ampu akan mendapat tempat dihati pemimpin yang diatas. Mari kita perhatikan dalam pilihanraya ke 12 tahun 2008 yang telah mencorakkan pemilihan dan pemotongan ramai pemimpin dari parti UMNO yang diwakili oleh BN, Gerakan, MIC, PPP juga MCA telah diperlihatkan bahawa selama ini mereka beranggapan bahawa rakyat pasti menyokong mereka walaupun dalam apa juga keadaan, dimana mereka telah mengambil jalan mudah tidak berusaha membantu golongan yang mereka wakili, lantas komuniti mereka bertindak menolak pemimpin mereka yang sekian lama pemimpin berkenaan merasakan beliau telah banyak berbakti kepada masyarakat tempat dimana beliau mewakili masyarakat disitu. Lantas terlahirlah anggapan bahawa masyarakat setempat tidak menghargi jasa pemimpin yang memimpin mereka, siapa salah dan siapa benar telah menjadi bual bicara setiap hari. Yang pasti menang adalah parti pembangkang yang telah berjaya mengambil kesempatan dengan terciptanya masalah dikomuniti setempat yang perlu pembelaan dan pembangkang berjaya mempergunakan kesempatan berkenaan dan berjaya menawan hati masyarakat setempat dan menyokong mereka sehingga mendapat undi melebihi 2000 undi untuk merampas kedudukkan wakil rakyat dikawasan berkenaan.
Kuala Lumpur
Perhimpunan Bersih telah menganggu kelancaran perjalan mereka yang tinggal dan berkerja di Kuala Lumpur. Walaupun perhimpunan berkenaan tidak membawa sebarang peralatan yang boleh membahayakan orang ramai, seperti pisau, parang atau apa juga alat yang boleh mendatangkan kemalangan kepada orang ramai. Tepai ianya merupakan satu bentuk tindakan yang kurang wajar yang diperlihatkan oleh sesetengah masyarakat yang tidak berpuas hati terhadap pihak kerajaan.
Kita ada sistem pilihanraya 5 tahun sekali, masa itulah kita tunjukkan pada kerajaan, bahawa kerajaan tidak berlaku adil dengan cara memangkah parti selain dari "BN". BN akan sedar kesilapan sekiranya ramai rakyat menyokong parti lain semasa pilihanraya pada 8.3.2008, bukan melakukan tindakan seperti perhimpunan bersih tanda bantahan kepada kerajaan yang ada.
Negara kita bukan seperti negara lain yang sering melakukan bantahan dijalanan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Kita di Negara ini, perlu berani mengunakan saluran yang betul tanda bantahan kita kepada kerajaan. Undilah cara yang paling berjaya.
Undilah pada 8.3.2008
Pemakanan yang sihat:
Rembau - 04.03.2008
Sakit Belakang
Masalah dan gejala
Cara mengurangkan sakit belakang
Sekian