2008/03/23

Khir Toyo dan Penyapunya



Tampin - 24.03.08

Khir Toyo dan penyapunya telah memberikan gambaran bahawa beliau memang suka membersihkan segala kekotoran yang ada dalam Negeri Selangor semasa area pemerintahan beliau sebagai Menteri Besar Selangor. Tetapi penyapu berkenaan telah bertindak menyapu beliau dan para wakil rakyat yang beliau pilih pada tahun 2004 dalam satu lubang yang akan menutup dan memadamkan sejarah penyapu dan beliau dalam pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.

Pegawai yang menerima penyapu kemungkinan cukup lega dan senang hati, setelah pemberian penyapu oleh beliau telah dibalas dengan penyapu berkenaan menyapu bersih beliau dan rakan-rakan beliau yang memerintah Selangor. Orang tua-tua berkata jangan main penyapu kerana ianya tidak baik kerana digunakan untuk menyapu segala tak baik yang ada di permukaan bumi Allah S.W.T, oleh kerana Khir Toyo tidak mengambil pengajaran dari kata-kata orang tua walaupun beliau berasal dari kampong yang penuh adat dan budaya melayu, kemungkinan beliau kurang percaya dengan kata-kata orang tua maka kata-kata orang tua telah berlaku dalam diri beliau dan rakan-rakan wakil rakyat beliau dalam Negeri Selangor. Sapu tetap menyapu hingga jawatan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor terpaksa diserahkan kepada Mohd Taib yang telah melahirkan wang bernilai jutaan ringgit keluar Negara.

Mohd Taib merasakan kerisauannya setelah penyerahan jawatan berkenaan kerana ditakuti badi penyapu berkenaan akan melanda beliau serta rakan-rakan beliau dalam UMNO Selangor pada pilihan raya ke 13 kelak, kerana pengundi muda bakal mencorakkan pemilihan pada masa akan datang. Mohd Taib telah bermula menyediakan bakul sampah untuk menyimpan sampah yang bakal disapu di Negeri Selangor pada pilihanraya ke 13 kelak.

Tidak ada komentar:

safaruddin bin Ahmad - Recently Updated Pages

Powered By Blogger

Majlis Rasmi

Majlis Rasmi

SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA

sila respond dan bagi pandangan

Kenali Saya

Kenali Saya
Jom Kenal

Mengenai Saya

Foto saya
Kuala Lumpur, Malaysia
Saya berkerja di Jabatan Kerajaan. Emel saya bce492@hotmail.com

sapar's Site

Daftar Blog Saya