2008/04/02

Tepat atau salah sasaran

Tampin - 03.04.2008

Mohd Taib telah sekian lamanya tidak berkhidmat dalam Kerajaan, telah dengan tidak disangka-sangka telah dilantik Menteri, yang bertindak lebih kepada masyarakat diluar bandar yang dahulunya di sandang oleh Aziz Shamsuddin. Adakah pemilihan beliau tepat atau hanya untuk mewakili Negeri Selangor yang telah jatuh ketangan pihak pembangkang. Satu sudut pemilihan beliau adalah sesuai kerana beliau boleh dikatakan veteran UMNO dan telah memahami akan permasalah akar umbi dan dapat menyelesaikan masalah sekiranya berlaku sesuatu isu yang perlu beliau campur tangan. Sekiranya dibaca dan buka fail lama, cerita beliau membawa sejumlah wang yang besar keluar Negera untuk tujuan tertentu akan menyebabkan masyarakat akan menyoal kenapa beliau masih diberikan kepercayaan untuk menjawat Menteri, adakah sudah tiada lain orang UMNO yang sesuai dan berpengalaman itu akan menjadi persolaan masyarakat.

Pak Lah mungkin ada jalan dan rancangan yang beliau fikirkan baik untuk kerajaan di bawah kepimpinan beliau dengan melantik semula Mohd Taib sebagai Menteri dan Ketua Penerangan UMNO. Kebaikkan dan sikap tak mudah melenting bila berlaku sessuatu isu, faktor yang membolehkan Mohd Taib dilantik semula dalam Kerajaan. Mohd Taib kemungkinan akan dijadikan contoh kepada generasi muda dalam UMNO dengan pengalaman dan fikiran beliau yang sekian lama dalam UMNO mampu menjadi contoh atau panduan kepada generasi baru yang di lantik senagai Menteri atau Timbalan Menteri dalam kepimpinan Pak Lah.

Masyarakat desa lebih memahami sikap Mohd Taib kerana itulah jawatan beliau menjurus kepada masyarakat Desa. Kemungkinan sikap dan tindakan beliau sebelum ini, akan menjadi persoalan masyarakat tetapi jalan mudah untuk membersihkan nama beliau dengan tidak melayan sebarang kenyataan yang mempertikaikan kejujuran dan keperibadiaan beliau semasa dahulu. Tumpuan hanya kepada rakyat dan bantu mereka daalam apa juga permasalah yang berkehendak khidmat dan bantuan dari beliau. Kebaikkan pasti berupaya menutup keburukkan

Semoga Mohd Taib berjaya membawa masyarakat desa ke arah masyarakat yang lebih maju, berdaya saing dan sifar kemiskinan.

safaruddin bin Ahmad - Recently Updated Pages

Powered By Blogger

Majlis Rasmi

Majlis Rasmi

SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA

sila respond dan bagi pandangan

Kenali Saya

Kenali Saya
Jom Kenal

Mengenai Saya

Foto saya
Kuala Lumpur, Malaysia
Saya berkerja di Jabatan Kerajaan. Emel saya bce492@hotmail.com

sapar's Site

Daftar Blog Saya