2009/08/25



PAS menang, majoriti menurun


PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.
Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999. Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.


2009/06/30







DEBAT OH DEBAT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata soal masa depan umat Islam dan negara tidak boleh diselesaikan melalui forum perdebatan seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau yang tidak nampak faedah yang akan diperolehi melalui debat itu berkata jalan terbaik ialah melalui musyawarah dan perbincangan secara ikhlas dan bukan melalui perdebatan. Tambahan pula, katanya, beliau mendapati terdapat banyak pihak yang tidak bersetuju agar debat itu diadakan. "Itulah cara dan kaedah yang terbaik. Tapi sebelum kita boleh berbincang, janganlah kita mengutuk pihak lain. "Jika kita dah hina dan kutuk pihak lain bererti orang kita ini tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan ini sangat penting untuk masa depan umat Islam dan negara," katanya kepada pemberita di sini Isnin. Bernama melaporkan Najib berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mempelawa beliau supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik antara Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lama. Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pula menasihatkan Pas dan Umno menyelesaikan kemelut antara parti itu melalui perbincangan kerana pendekatan berdebat tidak akan menyelesaikan masalah utama yang dihadapi masyarakat Melayu dan Islam.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata perdebatan itu hanya membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan ideologi yang berbeza. Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pelawaan Mursyidul Am Pas itu sebagai membuang masa dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada Umno dan rakyat. Berhubung sikap permusuhan yang ditunjukkan berikutan cadangan mengadakan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan itu, Najib berkata: "Sebenarnya Pas sudah berpecah." Katanya ada anggota di dalam parti itu yang mahu supaya perbincangan itu diadakan tetapi ada juga yang bersungguh-sungguh membantah. "Jadi, kita tengok apa yang berlaku. Semuanya terpulang kepada Pas. Umno telah menyatakan pendiriannya, dengan lain perkataan, kita bersikap terbuka untuk berbincang dengan Pas. "Tapi, terpualng kepada Pas untuk putuskan apa yang mereka mahu lakukan. Bahagian yang melucukan ialah bola kini berada di gelanggang mereka," katanya

2009/06/17

SEPAKAT BESTARI DAERAH TAMPIN 2009





PROGRAM SEPAKAT BESTARI DAERAH TAMPIN
NEGERI SEMBILAN 2009

Oleh : SAPAR BIN SUTIR
(Pejabat Penerangan Daerah Tampin)


Program Sepakat Bestari Anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan yang melibatkan 7 Komuniti Bestari dalam Daerah Tampin di Negeri Sembilan telah berjaya di adakan di Komuniti Bestari Kg Tampin Tengah yang telah di rasmikan oleh YB Dato’ Shaziman bin Abu Mansor Menteri KerjaRaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Tampin pada 13 Jun 2009.

Program berkenaan telah melibatkan Jabatan Kerjaan yang terdapat di Daerah Tampin seperti AADK, Kesihatan, Pusat Zakat, Polis, Bomba, Belia, Jabatan Penerangan bahagian pameran. Pengelibatan dari pengusaha makanan dan tanaman oleh anggota K/Bestari yang yang terdapat di Daerah Tampin telah berjaya menarik perhatian YB Ahli Parlimen Tampin semasa beliau melawat gerai pameran di iringi oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan En Ahmad Iqbal bin Zainal Azim dan tetamu yang terdiri dari Ketua-Ketua Jabatan dalam Daerah Tampin.

YB Ahli Parlimen Tampin dalam ucapan perasmian mengatakan bahawa beliau mahukan seluruh masyarakat dalam Daerah Tampin berkerjasama dan bersatu padu membina perpaduan sesama kaum agar keharmonian dan keamanan terus berkekalan di Negara kita Malaysia. Pergaduhan dan irihati jangan di amalkan kerana ianya akan menyebabkan masyarakat yang berbilang kaum menjadi tidak percaya antara satu sama lain dan ada rasa curiga antara kaum akan berlaku.

Masyarakat juga di minta mendapatkan maklumat yang yang tepat, jangan terperdaya dengan berita yang kurang tepat dalam media baru masa kini yang sering memutar belitkan fakta yang sebenar. Masyarakat di sarankan merujuk kepada Jabatan Penerangan Malaysia sekiranya ingin mendapatkan maklumat juga fakta yang tepat dan betul.

Sepakat Bestari Daerah Tampin berjaya menarik ramai pengunjung yang terdiri dari masyarakat sekitar kawasan Tampin Tengah dan sekitar kawasan Tampin. Sokongan dari K/Bestari dalam Daerah Tampin telah berjaya menjadikan program Sepakat Bestari meriah dan memberikan sumber maklumat apa itu K/Bestari juga berupaya melahirkan bakat baru dalam pidato yang telah di jalan semasa program Sepakat Bestari di Daerah Tampin 2009 berlangsung.

2009/05/13

NASIB ORANG PAK LAH



Nasib malang orang Abdullah

Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum Mohd Najib Razak mengambil alih jawatan presiden Umno daripada Abdullah Ahmad Badawi. Jika tiada aral yang melintang, beliau akan turut menggantikan Abdullah sebagai perdana menteri yang keenam. Pergolakkan politik dalam Umno berterusan dalam waktu-waktu yang kritikal ini, tambahan lagi apabila hampir kesemua jawatan tertinggi parti tersebut dipertandingkan. Kerusi presiden selamat untuk Najib oleh kerana pesaingnya Tengku Razaleigh Hamzah hanya mendapat pencalonan daripada Umno Gua Musang iaitu bahagian bekas presiden Parti Melayu Semangat 46 sendiri. Jawatan-jawatan lain seperti timbalan presiden, naib presiden, Majlis Tertinggi, ketua Pemuda, naib ketua Pemuda dan ketua Wanita semuanya menyaksikan pertandingan dan pertembungan yang hebat. Apabila berbicara mengenai pemilihan agung Umno, kita tidak dapat lari daripada topik rasuah.


Walaupun media arus perdana ingin melunakkan istilah rasuah dengan menggunakan istilah "politik wang", saya akan tetap menggunakan istilah rasuah supaya ia jelas dan tidak menggelirukan. Apabila ramai yang bertanding jawatan-jawatan tertinggi Umno, yang paling untung ialah para perwakilan - kerana mereka akan mendapat rasuah daripada banyak sumber.


Jika sepuluh orang bertanding jawatan naib presiden, ertinya para perwakilan ini akan mendapat wang atau habuan daripada semuanya atau sebahagian sumber-sumber itu. Begitu jugalah untuk jawatan-jawatan lain. Jika hendak dihapuskan amalan rasuah dalam Umno dan ingin mengambil tindakan kepada pelaku-pelakunya, pastilah parti Melayu itu akan lenyap dan hilang daripada Malaysia kerana tiada kepimpinan.Perkara ini menjadi rahsia umum - walaupun tiada pendedahan lembaga disiplin atau siasatan badan pencegah rasuah SPRM - dan bukanlah satu perkara yang baru. Sebab itu ramai yang ingin termuntah dan meluat apabila bekas


perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ingin bercakap mengenai rasuah didalam Umno kerana umum mengetahui bahawa aktiviti-aktiviti rasuah dalam Umno ini turut hebat berlaku ketika beliau menjadi presiden dulu. Belum pemilihan agung Umno bermula, kita dapat saksikan satu persatu orang-orang kuat Abdullah dibersihkan daripada Umno. Semuanya dikaitkan dengan dakwaan rasuah oleh lembaga disiplin. Orang Abdullah yang pertama dipancung, ahli MT merangkap ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Norza Zakaria. Beliau bekas setiausaha kepada


Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop dan sekutu rapat menantu perdana menteri, Khairy Jamaluddin.Beliau didakwa secara rasuah telah memberikan kepada Khadri Musa melalui Halimi Kamaruzzan suatu suapan iaitu wang tunai RM1,500 sebagai dorongan untuk diagihkan kepada anggota-anggota perwakilan yang boleh membantu mengundi beliau untuk memenangi jawatan sebagai ahli MT Umno pada pemilihan Umno hujung bulan ini. Di tempat yang sama dan pada tarikh dan waktu yang sama, Norza didakwa secara rasuah memberikan kepada Mohammad Anuar Yunus, juga melalui Halimi Kamaruzzaman, suatu suapan iaitu wang tunai RM1,900 sebagai dorongan untuk diagihkan kepada anggota-anggota perwakilan yang boleh membantu mengundi beliau untuk memenangi jawatan anggota MT Umno pada pemilihan Umno itu nanti. Norza mengaku tidak bersalah dan diminta dibicarakan atas dua pertuduhan tersebut. Beliau didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu bawah Seksyen 16(b)(A) Akta


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum bawah Seksyen 24 akta yang sama. Umno telah menggantung Norza daripada mempertahankan jawatannya itu. Selepas Norza, seorang lagi orang kuat perdana menteri, Menteri Pelancongan Azalina Othman Said turut menerima nasib yang sama.Ia bermula apabila setiausaha politiknya ditahan oleh SPRM didapati membawa bersama wang tunai RM75,000 dalam keretanya. Selepas seminggu setiausaha politik Azalina ditahan, SPRM "menyerbu" pejabat menteri pelancongan itu.Tiga pegawai SPRM menghabiskan hampir tiga jam untuk mendapatkan bukti susulan, dipercayai berhubung amalan rasuah menjelang pemilihan Umno hujung bulan ini.Menurut sumber, pegawai-pegawai SPRM keluar dari pejabat menteri berkenaan dengan membawa beberapa dokumen.Dua fail berkaitan dengan perwakilan Umno Wilayah Persekutuan dipercayai dibawa keluar ekoran kunjungan tersebut.Malah SPRM juga menemubual dua pegawai kanan di pejabat Azalina di Menawa Dato Onn, Kuala Lumpur. Malahan, SPRM turut berkunjung ke rumah menteri itu pada hujung minggu yang lalu. Walaupun masih dibenarkan untuk bertanding jawatan MT, apa yang telah berlaku menunjukkan dengan jelas bahawa Azalina tidak mempunyai kelebihan untuk memenangi jawatan tersebut.Selepas SPRM, lembaga disiplin pula bertindak terhadap orang-orang


Abdullah. Calon timbalan presiden dan ketua menteri Melaka, Mohd Ali Rustam telah dilucutkan kelayakan bertanding oleh kerana dikatakan terlibat dengan rasuah sekali gus melanggar peraturan pemilihan Umno.Mohd Ali Rustam didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga. Beliau merupakan seorang calon timbalan presiden yang paling popular. Menurut tinjauan pendapat yang dilakukan oleh akhbar New Straits Times pada 10 Mac lalu, Mohd Ali mendapat sokongan 54 peratus perwakilan Umno berbanding Muhyiddin Yassin yang hanya mendapat sokongan daripada 35 peratus. Mohd Ali adalah calon yang direstui oleh Abdullah dan mendapat sokongan kuat daripada orang-orang perdana menteri yang menganggap bahawa Muhyiddin pendorong utama pelan peralihan kuasa Abdullah-Najib yang dipercepatkan daripada pertenganan tahun 2010 kepada akhir Mac ini.Khairy yang bertanding jawatan ketua Pemuda turut didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno - tetapi beliau bernasib baik kerana hanya diberikan amaran dan masih dibenarkan bertanding.Tidak salah untuk SPRM dan lembaga disiplin Umno untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan rasuah. Persoalannya sekarang, mengapakah pendakwaan dilakukan secara milih-milih?


Mengapakah hanya orang-orang Abdullah yang menjadi mangsa kepada SPRM dan lembaga disiplin? Seperti apa yang dipersoalkan oleh penulis blog Penarik Beca, "apakah orang-orang Najib dan Muhyiddin bersih kesemuanya?"Sebaik sahaja lembaga disiplin memutuskan bahawa Mohd Ali dilarang bertanding, penyokong-penyokongnya berkumpul di TUDM Subang untuk menyambut kepulangan Abdullah dari Indonesia.Lebih kurang 200 orang berhimpun di lapangan terbang tersebut untuk mengharapkan perdana menteri melakukan sesuatu bagi memastikan Mohd Ali dapat kembali bertanding. Ketua Bahagian Batu Gajah, Mohd Yusoff Kassim berkata mereka sempat menemui Abdullah dan menyampaikan harapan supaya presiden parti itu mengkaji semula keputusan yang dibuat.Menjelang beberapa hari sebelum Najib menjadi presiden rasmi Umno, bukan sahaja rakyat Malaysia yang bakal menjadi mangsa, orang-orang Umno turut menjadi mangsa terutamanya bagi penyokong-penyokong Abdullah yang masih mengaharapkan ahli parlimen Kepala Batas melakukan sesuatu untuk


menyelamatkan Malaysia dari jatuh ketangan Najib yang dilihat akan mengembalikan Malaysia ke pemerintahan diktator ala Mahathir. Akan tetapi daripada apa yang telah berlaku, harapan tersebut mungkin hanya tinggal harapan. Jika menjelang pemilihan Umno satu persatu orang Abdullah dibersihkan, tidak mustahil kesemua orang Abdullah akan turut dibersihkan daripada kabinet baru Najib nanti. Malang sungguh nasib Abdullah. Legasinya yang belum sempat kukuh dihancurkan satu persatu di hadapan matanya sebelum sempat beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

2009/05/07

SIDANG DUN TERGANGGU




SUASANA kecoh apabila Adun Pakatan Rakyat cuba mengarah keluar Speaker DUN yang baru, Datuk R Ganesan sambil dipertahan oleh Adun BN ketika Sidang DUN Perak, semalam.
Raja Nazrin tunggu lima jam rasmi persidangan

Ganesan dilantik Speaker ganti Sivakumar mesyuarat pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam kecoh lebih lima jam dan terpaksa ditangguhkan dua kali sebelum majlis perasmian dapat disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Kekecohan bermula sebaik saja Raja Nazrin selesai memeriksa kawalan kehormatan dan menuju ke Kamar Diraja, apabila bekas Speaker, V Sivakumar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang bergegas memasuki Dewan terlebih dulu serta menukar tempat duduk ke sebelah kanan Speaker, yang ditetapkan untuk pihak kerajaan. Mereka juga mengalihkan kertas tanda nama ke sebelah kanan serta mengoyak dan membuang tanda nama Adun Barisan Nasional (BN). Adun pembangkang, yang diketuai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kemudian duduk di kerusi Menteri Besar dan Exco, manakala Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Exconya terpaksa duduk di tempat pembangkang. Keadaan bertambah kecoh apabila Sivakumar mengarahkan Zambry serta enam Ahli Exco negeri dan tiga Adun Bebas, keluar Dewan dengan alasan keanggotaan mereka masih digantung. Beliau turut berkeras tidak akan memulakan sidang selagi 10 Adun terbabit tidak meninggalkan Dewan tetapi tidak diendahkan Zambry dan Adun berkenaan.

Zambry kemudian berdiri dan membuat usul untuk memecat Sivakumar selaku Speaker, disokong oleh 27 Adun BN serta tiga ahli Bebas dengan cara mengangkat tangan tetapi ditolak oleh Sivakumar dengan alasan Zambry tidak boleh mengemukakan usul kerana telah digantung.
Sepanjang kekecohan itu, Raja Nazrin yang dijadual merasmikan sidang pada jam 10 pagi, terpaksa menunggu dalam Kamar Diraja. Persidangan semalam adalah yang pertama sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Februari lalu dan Zambry dilantik sebagai Menteri Besar.

RAJA Dr Nazrin Shah menitahkan sesuatu kepada Nizar dan Ngeh selepas kedua-duanya dititahkan menghampiri baginda.
Kekecohan semakin tidak terkawal apabila ahli Dewan saling mencemuh antara satu sama lain. Zambry kemudian mengulangi membuat usul yang sama dengan disokong oleh Adun BN dan tiga ahli Bebas. Sivakumar bagaimanapun tidak berganjak dan mengarahkan Bentara Dewan membawa keluar 10 Adun itu, tetapi Zambry menegaskan Sivakumar telah dipecat. Kira-kira jam 10.48 pagi, Timbalan Speaker, Hee Yit Foong (Bebas-Jelapang) mengambilalih sidang daripada tempat duduk Adun, manakala Sivakumar terus duduk di kerusi Speaker. Zambry kemudian mengemukakan usul melantik bekas Adun Sungkai, Datuk R Ganesan sebagai Speaker yang baru dan disokong oleh semua Adun BN serta ahli Bebas.

ADUN Pasir Bedamar, Seah Leong Peng (dua dari kanan) menghalang Setiausaha Dewan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri (kanan) daripada menjalankan tugas ketika persidangan.
Selepas usul pelantikan Speaker baru diluluskan, Hee menjemput Ganesan memasuki Dewan dan dipakaikan jubah Speaker oleh Dr Zambry. Ganesan kemudian mengangkat sumpah jawatan di bahagian tempat duduk ahli Dewan dan mengambilalih tugas daripada Hee. Ketika itu, Adun Pakatan Rakyat hanya memerhati sambil membuat bising tetapi Ganesan meneruskan sidang tanpa menghiraukan gangguan pembangkang. Beliau menerima empat usul pelantikan ahli jawatankuasa yang baru, iaitu Jawatankuasa Perintah Tetap, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) serta usul tidak mengiktiraf 'Sidang DUN Bawah Pokok' pada 3 Mac lalu. Semua usul dibentang oleh Datuk Hamidah Osman (BN-Sungai Rapat) dan disokong oleh Datuk Shaarani Mohammad (BN-Kota Tampan) serta diluluskan tanpa bahas oleh Adun BN dan Bebas dengan cara mengangkat tangan. Ketika Ganesan mengumumkan usul pertama diluluskan, Adun Pakatan Rakyat dan Sivakumar menjerit mengatakan 'haram'. Keadaan tenang seketika apabila Ganesan mengumumkan penangguhan sidang selama sejam bermula 11.15 pagi. Selepas sesi bermula pada jam 12.20 tengah hari, Sivakumar yang tidak bergerak dari tempat duduk Speaker, mengarahkan Ganesan keluar dari Dewan hingga mencetuskan semula pertikaman lidah antara Adun BN dan Pakatan Rakyat. Beberapa Adun pembangkang turut mengelilingi Ganesan bagi mendesaknya keluar Dewan dan berlaku tolak-menolak sehingga memaksa Speaker baru itu mengumumkan sidang ditangguhkan selama sejam lagi bermula jam 1 petang. Semua Adun mematuhi arahan itu dan keluar makan tengah hari, tetapi Sivakumar masih terus tidak bergerak dari kerusi Speaker. Apabila persidangan disambung semula kira-kira jam 2 petang, kekecohan sekali lagi tercetus apabila beberapa Adun pembangkang cuba menarik keluar Ganesan secara kasar. Berikutan itu, polis terpaksa campur tangan pada jam 2.20 petang kerana keadaan menjadi tidak terkawal dan bertambah agresif dengan ada insiden tolak-menolak dan pergaduhan di kalangan Adun.
Bentara juga dikasari sebanyak tiga kali oleh Adun pembangkang sehingga cedera di kaki ketika beliau cuba mengosongkan kerusi Speaker yang masih diduduki Sivakumar. Kekecohan itu berakhir pada jam 2.40 petang apabila Sivakumar diiring keluar oleh anggota polis sebelum Raja Nazrin yang menunggu lebih lima jam dalam Kamar Diraja, memasuki Dewan bagi merasmikan sidang itu. Baginda menyampaikan titah ucapan perasmian kira-kira setengah jam bermula 3.15 petang dan sebelum berangkat pulang, Raja Nazrin berkenan berbual mesra dan bersalaman dengan semua Adun.

BAPA SEBAGAI WALI NIKAH





Bapa sebagai ketua keluarga adalah juga berperanan sebagai wali pernikahan bagi seseorang anak perempuan. Sebagai wali, pemahamannya sebagai pemegang amanah amatlah penting disamping memahami dengan jelas syarat-syarat wali pada menjalankan aqad nikah.

Seminar seumpama ini diharap dapat membuka minda dan memberikan kefahaman kepada kaum bapa di daerah Tampin. Tujuan seminar adalah memberikan keahaman kepada kaum bapa mengenai tanggungjawab wali sebagai pemegang amanah, melahirkan bakal-bakal wali yang dapat memainkan peranannya dengan baik berkesan.

Perkahwinan merupakan satu ibadah, ianya mempunyai rukun dann syarat yang tersendiri. Dalam pernikahan rukun yang penting adalah wali nikah, persetujuan wali amat penting dalam pernikahan, tanpa wali tidak sah perkahwinan sesuatu pasangan.

Antara jenis jenis wali nikah terdiri daripada wali mujbir, wali aqrab, wali abad, wali hakim juga wali engkar/enggan. Syarat-syarat wali pula adalah islam, berakal, baligh, merdeka, lelaki, berfikiran waras, bukan dalam ihram, adil dan bukan paksaan. Panel penceramah juga memberikan ingatan kepada peserta yang akan menikahkan anak mereka yang akan bernikah jangan memberatkan pengantin dengan soal-soal remeh sewaktu akad nikah seperti mengulang-ulang akad dan sebagainya juga jangan malukan pengantian dan keluarga dengan soalan-soalan yang boleh menjatuhkan maruah pengantin dan keluarga.

Seminar sebegini akan melahirkan wali nikah yang lebih berpengetahuan dalam rukun dan syarat wali nikah. Sebaiknya bapa kepada pengantian perempuan yang lebih diberikan keutamaan untuk menikahkan anak mereka dan membacakan taklik nikah agar lebih memberikan kesedaran kepada pengantian lelaki akan tanggungjawab yang akan di pikul sebagai suami juga ketua keluarga.

Sapar Sutir salah seorang peserta seminar menjelaskan seminar sebegini amat baik dan berfaedah kepada wali nikah juga kepada golongan bapa yang mempunyai anak perempuan kerana lebih maklum tanggungjawab golongan bapa sebagai wali nikah kepada anak perempuan mereka kelak. Agar jangan berlaku bapa tidak mahu mewalikan pernikah anak perempuan mereka kerana di sebabkan masalah bukan calon pilihan keluarga dan sebagainya. Keadaan ini akan menyebabkan anak perempuan menyaman ayah mereka di mahkamah syariah kerana enggan mewalikan pernikahannya.

Seminar peranan bapa sebagai wali nikah telah membincangkan dua topic yang utama iaitu wali sebagai pemegang amanah penceramah oleh Ustaz Abdul Manas bin Md Isa, Pegawai Agama Islam Daerah Seremban. Tuan Hj Md Jusoh bin Sudin pula mengutarakan topic peranan wali serta syarat-syarat wali dalam aqad nikah beliau merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau . Seminar anjuran Jabatan Hal ehwal Islam Negeri Sembilan dan Pejabat Agama Islam Daerah Tampin di rasmikan oleh Ustaz Amran bin Awaludin Pegawai Agama Islam Daerah Tampin.

MASALAH PROSTAT




Sapar Sutir
( saparsutir@yahoo.com.my )




Masalah prostat adalah penyakit yang sering dihidapi oleh lelaki berumur 50 tahun ke atas. Risiko lelaki berumur 65 tahun ke atas berhadapan dengan penyakit ini dikatakan melebihi 80 peratus.



Usia abah hampir 70 tahun. Beliau hampir tidak pernah sakit. Kalau adapun hanyalah sakit-sakit biasa yang boleh sembuh dengan berehat dan minum air suam sebanyak mungkin. Alahai… abah diberi nikmat kesihatan yang terbaik.



Namun, sudah beberapa bulan beliau menderita kesukaran untuk membuang air kecil. Puas kami pujuk supaya berjumpa pakar perubatan. Beliau enggan. Sindrom “takut tahu penyakit”. Lebih baik tidak tahu, takut nanti terlebih risau. Itulah pandangan beliau. Namun jauh di sudut hati, saya fikir beliau berada di dalam zon ketakutan kerana tidak pernah sakit.



Akhirnya beliau mengakui yang tahap kesihatannya semakin menurun. Abah dimaklumkan oleh Doktor yang beliau mengidap prostat. Ia tidak pulih walaupun telah diberi rawatan awal.
Pada ketika ini, saya terkenangkan arwah Wan. Ketika di hospital Jertih [menderita kesakitan akibat komplikasi diabetes] beliau menyatakan kepada saya: Mil, Wan tak tahan sakit. Sakit sungguh. Bawalah Wan ke KL, carilah hospital berbayar yang paling mahal….



Tidak siapa yang tahu bagaimana saya kesedihan menerima permintaan daripada seorang ibu. Saya menitiskan airmata. Saya tidak mampu. Saya terasa sukar. Malah kami adik-beradik tidak pula duduk berbincang bagi memenuhi permintaan ini.



Mungkin beliau nyatakan harapan ini hanya kepada saya. Entah! Namun saya bersyukur kerana beliau melepasi tahap tersebut dan hanya meninggalkan kami setelah bertahun-tahun berlalu.



Pagi semalam, saya memujuk abah. “Abah, prostat adalah penyakit biasa untuk lelaki. Nanti


saya usahakan pakar terbaik buat abah. Kita buat pemeriksaan semula”. Abah bersetuju. Dia terasa lebih berkeyakinan.



Lalu saya hubungi Datuk Prof. Dr Amin, Timbalan Dekan Fakulti Perubatan UiTM supaya membantu saya menguruskan pemeriksaan Abah. Saya nyatakan kepada Abah: Abah, abah jangan risau. Datuk yang akan menguruskan pemeriksaan abah….



Setiap kali saya melakukan sesuatu untuk mak dan abah, saya pasti menitiskan air mata bila mengenangi arwah wan dan ayah. Mereka pergi ketika saya belum mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik buat mereka. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

safaruddin bin Ahmad - Recently Updated Pages

Powered By Blogger

Majlis Rasmi

Majlis Rasmi

SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA

sila respond dan bagi pandangan

Kenali Saya

Kenali Saya
Jom Kenal

Mengenai Saya

Foto saya
Kuala Lumpur, Malaysia
Saya berkerja di Jabatan Kerajaan. Emel saya bce492@hotmail.com

sapar's Site

Daftar Blog Saya