2008/03/24
Masa untuk Bersatu Demi Orang Melayu
2008/03/23
Khir Toyo dan Penyapunya

Tampin - 24.03.08
Khir Toyo dan penyapunya telah memberikan gambaran bahawa beliau memang suka membersihkan segala kekotoran yang ada dalam Negeri Selangor semasa area pemerintahan beliau sebagai Menteri Besar Selangor. Tetapi penyapu berkenaan telah bertindak menyapu beliau dan para wakil rakyat yang beliau pilih pada tahun 2004 dalam satu lubang yang akan menutup dan memadamkan sejarah penyapu dan beliau dalam pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.
Pegawai yang menerima penyapu kemungkinan cukup lega dan senang hati, setelah pemberian penyapu oleh beliau telah dibalas dengan penyapu berkenaan menyapu bersih beliau dan rakan-rakan beliau yang memerintah Selangor. Orang tua-tua berkata jangan main penyapu kerana ianya tidak baik kerana digunakan untuk menyapu segala tak baik yang ada di permukaan bumi Allah S.W.T, oleh kerana Khir Toyo tidak mengambil pengajaran dari kata-kata orang tua walaupun beliau berasal dari kampong yang penuh adat dan budaya melayu, kemungkinan beliau kurang percaya dengan kata-kata orang tua maka kata-kata orang tua telah berlaku dalam diri beliau dan rakan-rakan wakil rakyat beliau dalam Negeri Selangor. Sapu tetap menyapu hingga jawatan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor terpaksa diserahkan kepada Mohd Taib yang telah melahirkan wang bernilai jutaan ringgit keluar Negara.
Mohd Taib merasakan kerisauannya setelah penyerahan jawatan berkenaan kerana ditakuti badi penyapu berkenaan akan melanda beliau serta rakan-rakan beliau dalam UMNO Selangor pada pilihan raya ke 13 kelak, kerana pengundi muda bakal mencorakkan pemilihan pada masa akan datang. Mohd Taib telah bermula menyediakan bakul sampah untuk menyimpan sampah yang bakal disapu di Negeri Selangor pada pilihanraya ke 13 kelak.
Pemimpin BN yang dikecewakan dan terkecewa

Tampin - 24.03.2008 ( 8.30 pagi )
Yang lama pasti tak kekal dan yang baru juga tidak semestinya dikekalkan, telah menjadi amalan kehidupan didunia sesiapa yang dilihat mempunyai gaya, cara dan pandai mencipta hubungan yang diistilahkan sebagai ampu akan mendapat tempat dihati pemimpin yang diatas. Mari kita perhatikan dalam pilihanraya ke 12 tahun 2008 yang telah mencorakkan pemilihan dan pemotongan ramai pemimpin dari parti UMNO yang diwakili oleh BN, Gerakan, MIC, PPP juga MCA telah diperlihatkan bahawa selama ini mereka beranggapan bahawa rakyat pasti menyokong mereka walaupun dalam apa juga keadaan, dimana mereka telah mengambil jalan mudah tidak berusaha membantu golongan yang mereka wakili, lantas komuniti mereka bertindak menolak pemimpin mereka yang sekian lama pemimpin berkenaan merasakan beliau telah banyak berbakti kepada masyarakat tempat dimana beliau mewakili masyarakat disitu. Lantas terlahirlah anggapan bahawa masyarakat setempat tidak menghargi jasa pemimpin yang memimpin mereka, siapa salah dan siapa benar telah menjadi bual bicara setiap hari. Yang pasti menang adalah parti pembangkang yang telah berjaya mengambil kesempatan dengan terciptanya masalah dikomuniti setempat yang perlu pembelaan dan pembangkang berjaya mempergunakan kesempatan berkenaan dan berjaya menawan hati masyarakat setempat dan menyokong mereka sehingga mendapat undi melebihi 2000 undi untuk merampas kedudukkan wakil rakyat dikawasan berkenaan.
safaruddin bin Ahmad - Recently Updated Pages
mirc
Arsip Blog
-
▼
2008
(34)
- ► 02/24 - 03/02 (1)
- ► 03/02 - 03/09 (12)
- ► 03/09 - 03/16 (1)
- ► 03/16 - 03/23 (1)
- ▼ 03/23 - 03/30 (3)
- ► 03/30 - 04/06 (1)
- ► 04/06 - 04/13 (1)
- ► 05/04 - 05/11 (1)
- ► 05/18 - 05/25 (1)
- ► 06/15 - 06/22 (1)
- ► 07/06 - 07/13 (1)
- ► 08/17 - 08/24 (2)
- ► 08/24 - 08/31 (4)
- ► 08/31 - 09/07 (2)
- ► 09/07 - 09/14 (1)
- ► 12/21 - 12/28 (1)
-
►
2009
(18)
- ► 02/15 - 02/22 (3)
- ► 03/15 - 03/22 (2)
- ► 03/29 - 04/05 (2)
- ► 04/26 - 05/03 (2)
- ► 05/03 - 05/10 (5)
- ► 05/10 - 05/17 (1)
- ► 06/14 - 06/21 (1)
- ► 06/28 - 07/05 (1)
- ► 08/23 - 08/30 (1)
Majlis Rasmi

SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA
Mengenai Saya

- saparsutir
- Kuala Lumpur, Malaysia
- Saya berkerja di Jabatan Kerajaan. Emel saya bce492@hotmail.com
sapar's Site
Daftar Blog Saya
Label
- Aktiviti 2008
- Anugerah Q
- apa pandangan anda dalam keputusan pilihanraya ini
- Berikan pandangan anda
- cara zaman Tunku Abdul Rahman kempen adalah baik
- Cari jalan penyelesaian
- fikir fikir kan
- fikir-fikirkan
- Fikir-fikirkan lah
- fikirkan ya
- Generasi Muda
- Hubungi Saya
- Ingin menghapuskan DEB di Pulau Mutiara
- Isteri pasti setia dan sanggup berkorban untuk suami
- Jom Undi Calon yang kita suka
- Kebaikkan Asid Alfa Lipoik ( ALA )
- Khidmat Saya
- Malaysia Perkasa
- Muka Baru Penerangan
- Mungkin mustahil tapi boleh berlaku
- Tips Kesihatan