2009/08/25



PAS menang, majoriti menurun


PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.
Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999. Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.


2009/06/30







DEBAT OH DEBAT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata soal masa depan umat Islam dan negara tidak boleh diselesaikan melalui forum perdebatan seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau yang tidak nampak faedah yang akan diperolehi melalui debat itu berkata jalan terbaik ialah melalui musyawarah dan perbincangan secara ikhlas dan bukan melalui perdebatan. Tambahan pula, katanya, beliau mendapati terdapat banyak pihak yang tidak bersetuju agar debat itu diadakan. "Itulah cara dan kaedah yang terbaik. Tapi sebelum kita boleh berbincang, janganlah kita mengutuk pihak lain. "Jika kita dah hina dan kutuk pihak lain bererti orang kita ini tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan ini sangat penting untuk masa depan umat Islam dan negara," katanya kepada pemberita di sini Isnin. Bernama melaporkan Najib berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mempelawa beliau supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik antara Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lama. Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pula menasihatkan Pas dan Umno menyelesaikan kemelut antara parti itu melalui perbincangan kerana pendekatan berdebat tidak akan menyelesaikan masalah utama yang dihadapi masyarakat Melayu dan Islam.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata perdebatan itu hanya membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan ideologi yang berbeza. Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pelawaan Mursyidul Am Pas itu sebagai membuang masa dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada Umno dan rakyat. Berhubung sikap permusuhan yang ditunjukkan berikutan cadangan mengadakan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan itu, Najib berkata: "Sebenarnya Pas sudah berpecah." Katanya ada anggota di dalam parti itu yang mahu supaya perbincangan itu diadakan tetapi ada juga yang bersungguh-sungguh membantah. "Jadi, kita tengok apa yang berlaku. Semuanya terpulang kepada Pas. Umno telah menyatakan pendiriannya, dengan lain perkataan, kita bersikap terbuka untuk berbincang dengan Pas. "Tapi, terpualng kepada Pas untuk putuskan apa yang mereka mahu lakukan. Bahagian yang melucukan ialah bola kini berada di gelanggang mereka," katanya

2009/06/17

SEPAKAT BESTARI DAERAH TAMPIN 2009





PROGRAM SEPAKAT BESTARI DAERAH TAMPIN
NEGERI SEMBILAN 2009

Oleh : SAPAR BIN SUTIR
(Pejabat Penerangan Daerah Tampin)


Program Sepakat Bestari Anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan yang melibatkan 7 Komuniti Bestari dalam Daerah Tampin di Negeri Sembilan telah berjaya di adakan di Komuniti Bestari Kg Tampin Tengah yang telah di rasmikan oleh YB Dato’ Shaziman bin Abu Mansor Menteri KerjaRaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Tampin pada 13 Jun 2009.

Program berkenaan telah melibatkan Jabatan Kerjaan yang terdapat di Daerah Tampin seperti AADK, Kesihatan, Pusat Zakat, Polis, Bomba, Belia, Jabatan Penerangan bahagian pameran. Pengelibatan dari pengusaha makanan dan tanaman oleh anggota K/Bestari yang yang terdapat di Daerah Tampin telah berjaya menarik perhatian YB Ahli Parlimen Tampin semasa beliau melawat gerai pameran di iringi oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan En Ahmad Iqbal bin Zainal Azim dan tetamu yang terdiri dari Ketua-Ketua Jabatan dalam Daerah Tampin.

YB Ahli Parlimen Tampin dalam ucapan perasmian mengatakan bahawa beliau mahukan seluruh masyarakat dalam Daerah Tampin berkerjasama dan bersatu padu membina perpaduan sesama kaum agar keharmonian dan keamanan terus berkekalan di Negara kita Malaysia. Pergaduhan dan irihati jangan di amalkan kerana ianya akan menyebabkan masyarakat yang berbilang kaum menjadi tidak percaya antara satu sama lain dan ada rasa curiga antara kaum akan berlaku.

Masyarakat juga di minta mendapatkan maklumat yang yang tepat, jangan terperdaya dengan berita yang kurang tepat dalam media baru masa kini yang sering memutar belitkan fakta yang sebenar. Masyarakat di sarankan merujuk kepada Jabatan Penerangan Malaysia sekiranya ingin mendapatkan maklumat juga fakta yang tepat dan betul.

Sepakat Bestari Daerah Tampin berjaya menarik ramai pengunjung yang terdiri dari masyarakat sekitar kawasan Tampin Tengah dan sekitar kawasan Tampin. Sokongan dari K/Bestari dalam Daerah Tampin telah berjaya menjadikan program Sepakat Bestari meriah dan memberikan sumber maklumat apa itu K/Bestari juga berupaya melahirkan bakat baru dalam pidato yang telah di jalan semasa program Sepakat Bestari di Daerah Tampin 2009 berlangsung.

2009/05/13

NASIB ORANG PAK LAH



Nasib malang orang Abdullah

Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum Mohd Najib Razak mengambil alih jawatan presiden Umno daripada Abdullah Ahmad Badawi. Jika tiada aral yang melintang, beliau akan turut menggantikan Abdullah sebagai perdana menteri yang keenam. Pergolakkan politik dalam Umno berterusan dalam waktu-waktu yang kritikal ini, tambahan lagi apabila hampir kesemua jawatan tertinggi parti tersebut dipertandingkan. Kerusi presiden selamat untuk Najib oleh kerana pesaingnya Tengku Razaleigh Hamzah hanya mendapat pencalonan daripada Umno Gua Musang iaitu bahagian bekas presiden Parti Melayu Semangat 46 sendiri. Jawatan-jawatan lain seperti timbalan presiden, naib presiden, Majlis Tertinggi, ketua Pemuda, naib ketua Pemuda dan ketua Wanita semuanya menyaksikan pertandingan dan pertembungan yang hebat. Apabila berbicara mengenai pemilihan agung Umno, kita tidak dapat lari daripada topik rasuah.


Walaupun media arus perdana ingin melunakkan istilah rasuah dengan menggunakan istilah "politik wang", saya akan tetap menggunakan istilah rasuah supaya ia jelas dan tidak menggelirukan. Apabila ramai yang bertanding jawatan-jawatan tertinggi Umno, yang paling untung ialah para perwakilan - kerana mereka akan mendapat rasuah daripada banyak sumber.


Jika sepuluh orang bertanding jawatan naib presiden, ertinya para perwakilan ini akan mendapat wang atau habuan daripada semuanya atau sebahagian sumber-sumber itu. Begitu jugalah untuk jawatan-jawatan lain. Jika hendak dihapuskan amalan rasuah dalam Umno dan ingin mengambil tindakan kepada pelaku-pelakunya, pastilah parti Melayu itu akan lenyap dan hilang daripada Malaysia kerana tiada kepimpinan.Perkara ini menjadi rahsia umum - walaupun tiada pendedahan lembaga disiplin atau siasatan badan pencegah rasuah SPRM - dan bukanlah satu perkara yang baru. Sebab itu ramai yang ingin termuntah dan meluat apabila bekas


perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ingin bercakap mengenai rasuah didalam Umno kerana umum mengetahui bahawa aktiviti-aktiviti rasuah dalam Umno ini turut hebat berlaku ketika beliau menjadi presiden dulu. Belum pemilihan agung Umno bermula, kita dapat saksikan satu persatu orang-orang kuat Abdullah dibersihkan daripada Umno. Semuanya dikaitkan dengan dakwaan rasuah oleh lembaga disiplin. Orang Abdullah yang pertama dipancung, ahli MT merangkap ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Norza Zakaria. Beliau bekas setiausaha kepada


Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop dan sekutu rapat menantu perdana menteri, Khairy Jamaluddin.Beliau didakwa secara rasuah telah memberikan kepada Khadri Musa melalui Halimi Kamaruzzan suatu suapan iaitu wang tunai RM1,500 sebagai dorongan untuk diagihkan kepada anggota-anggota perwakilan yang boleh membantu mengundi beliau untuk memenangi jawatan sebagai ahli MT Umno pada pemilihan Umno hujung bulan ini. Di tempat yang sama dan pada tarikh dan waktu yang sama, Norza didakwa secara rasuah memberikan kepada Mohammad Anuar Yunus, juga melalui Halimi Kamaruzzaman, suatu suapan iaitu wang tunai RM1,900 sebagai dorongan untuk diagihkan kepada anggota-anggota perwakilan yang boleh membantu mengundi beliau untuk memenangi jawatan anggota MT Umno pada pemilihan Umno itu nanti. Norza mengaku tidak bersalah dan diminta dibicarakan atas dua pertuduhan tersebut. Beliau didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu bawah Seksyen 16(b)(A) Akta


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum bawah Seksyen 24 akta yang sama. Umno telah menggantung Norza daripada mempertahankan jawatannya itu. Selepas Norza, seorang lagi orang kuat perdana menteri, Menteri Pelancongan Azalina Othman Said turut menerima nasib yang sama.Ia bermula apabila setiausaha politiknya ditahan oleh SPRM didapati membawa bersama wang tunai RM75,000 dalam keretanya. Selepas seminggu setiausaha politik Azalina ditahan, SPRM "menyerbu" pejabat menteri pelancongan itu.Tiga pegawai SPRM menghabiskan hampir tiga jam untuk mendapatkan bukti susulan, dipercayai berhubung amalan rasuah menjelang pemilihan Umno hujung bulan ini.Menurut sumber, pegawai-pegawai SPRM keluar dari pejabat menteri berkenaan dengan membawa beberapa dokumen.Dua fail berkaitan dengan perwakilan Umno Wilayah Persekutuan dipercayai dibawa keluar ekoran kunjungan tersebut.Malah SPRM juga menemubual dua pegawai kanan di pejabat Azalina di Menawa Dato Onn, Kuala Lumpur. Malahan, SPRM turut berkunjung ke rumah menteri itu pada hujung minggu yang lalu. Walaupun masih dibenarkan untuk bertanding jawatan MT, apa yang telah berlaku menunjukkan dengan jelas bahawa Azalina tidak mempunyai kelebihan untuk memenangi jawatan tersebut.Selepas SPRM, lembaga disiplin pula bertindak terhadap orang-orang


Abdullah. Calon timbalan presiden dan ketua menteri Melaka, Mohd Ali Rustam telah dilucutkan kelayakan bertanding oleh kerana dikatakan terlibat dengan rasuah sekali gus melanggar peraturan pemilihan Umno.Mohd Ali Rustam didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga. Beliau merupakan seorang calon timbalan presiden yang paling popular. Menurut tinjauan pendapat yang dilakukan oleh akhbar New Straits Times pada 10 Mac lalu, Mohd Ali mendapat sokongan 54 peratus perwakilan Umno berbanding Muhyiddin Yassin yang hanya mendapat sokongan daripada 35 peratus. Mohd Ali adalah calon yang direstui oleh Abdullah dan mendapat sokongan kuat daripada orang-orang perdana menteri yang menganggap bahawa Muhyiddin pendorong utama pelan peralihan kuasa Abdullah-Najib yang dipercepatkan daripada pertenganan tahun 2010 kepada akhir Mac ini.Khairy yang bertanding jawatan ketua Pemuda turut didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno - tetapi beliau bernasib baik kerana hanya diberikan amaran dan masih dibenarkan bertanding.Tidak salah untuk SPRM dan lembaga disiplin Umno untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan rasuah. Persoalannya sekarang, mengapakah pendakwaan dilakukan secara milih-milih?


Mengapakah hanya orang-orang Abdullah yang menjadi mangsa kepada SPRM dan lembaga disiplin? Seperti apa yang dipersoalkan oleh penulis blog Penarik Beca, "apakah orang-orang Najib dan Muhyiddin bersih kesemuanya?"Sebaik sahaja lembaga disiplin memutuskan bahawa Mohd Ali dilarang bertanding, penyokong-penyokongnya berkumpul di TUDM Subang untuk menyambut kepulangan Abdullah dari Indonesia.Lebih kurang 200 orang berhimpun di lapangan terbang tersebut untuk mengharapkan perdana menteri melakukan sesuatu bagi memastikan Mohd Ali dapat kembali bertanding. Ketua Bahagian Batu Gajah, Mohd Yusoff Kassim berkata mereka sempat menemui Abdullah dan menyampaikan harapan supaya presiden parti itu mengkaji semula keputusan yang dibuat.Menjelang beberapa hari sebelum Najib menjadi presiden rasmi Umno, bukan sahaja rakyat Malaysia yang bakal menjadi mangsa, orang-orang Umno turut menjadi mangsa terutamanya bagi penyokong-penyokong Abdullah yang masih mengaharapkan ahli parlimen Kepala Batas melakukan sesuatu untuk


menyelamatkan Malaysia dari jatuh ketangan Najib yang dilihat akan mengembalikan Malaysia ke pemerintahan diktator ala Mahathir. Akan tetapi daripada apa yang telah berlaku, harapan tersebut mungkin hanya tinggal harapan. Jika menjelang pemilihan Umno satu persatu orang Abdullah dibersihkan, tidak mustahil kesemua orang Abdullah akan turut dibersihkan daripada kabinet baru Najib nanti. Malang sungguh nasib Abdullah. Legasinya yang belum sempat kukuh dihancurkan satu persatu di hadapan matanya sebelum sempat beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

2009/05/07

SIDANG DUN TERGANGGU




SUASANA kecoh apabila Adun Pakatan Rakyat cuba mengarah keluar Speaker DUN yang baru, Datuk R Ganesan sambil dipertahan oleh Adun BN ketika Sidang DUN Perak, semalam.
Raja Nazrin tunggu lima jam rasmi persidangan

Ganesan dilantik Speaker ganti Sivakumar mesyuarat pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam kecoh lebih lima jam dan terpaksa ditangguhkan dua kali sebelum majlis perasmian dapat disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Kekecohan bermula sebaik saja Raja Nazrin selesai memeriksa kawalan kehormatan dan menuju ke Kamar Diraja, apabila bekas Speaker, V Sivakumar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang bergegas memasuki Dewan terlebih dulu serta menukar tempat duduk ke sebelah kanan Speaker, yang ditetapkan untuk pihak kerajaan. Mereka juga mengalihkan kertas tanda nama ke sebelah kanan serta mengoyak dan membuang tanda nama Adun Barisan Nasional (BN). Adun pembangkang, yang diketuai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kemudian duduk di kerusi Menteri Besar dan Exco, manakala Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Exconya terpaksa duduk di tempat pembangkang. Keadaan bertambah kecoh apabila Sivakumar mengarahkan Zambry serta enam Ahli Exco negeri dan tiga Adun Bebas, keluar Dewan dengan alasan keanggotaan mereka masih digantung. Beliau turut berkeras tidak akan memulakan sidang selagi 10 Adun terbabit tidak meninggalkan Dewan tetapi tidak diendahkan Zambry dan Adun berkenaan.

Zambry kemudian berdiri dan membuat usul untuk memecat Sivakumar selaku Speaker, disokong oleh 27 Adun BN serta tiga ahli Bebas dengan cara mengangkat tangan tetapi ditolak oleh Sivakumar dengan alasan Zambry tidak boleh mengemukakan usul kerana telah digantung.
Sepanjang kekecohan itu, Raja Nazrin yang dijadual merasmikan sidang pada jam 10 pagi, terpaksa menunggu dalam Kamar Diraja. Persidangan semalam adalah yang pertama sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Februari lalu dan Zambry dilantik sebagai Menteri Besar.

RAJA Dr Nazrin Shah menitahkan sesuatu kepada Nizar dan Ngeh selepas kedua-duanya dititahkan menghampiri baginda.
Kekecohan semakin tidak terkawal apabila ahli Dewan saling mencemuh antara satu sama lain. Zambry kemudian mengulangi membuat usul yang sama dengan disokong oleh Adun BN dan tiga ahli Bebas. Sivakumar bagaimanapun tidak berganjak dan mengarahkan Bentara Dewan membawa keluar 10 Adun itu, tetapi Zambry menegaskan Sivakumar telah dipecat. Kira-kira jam 10.48 pagi, Timbalan Speaker, Hee Yit Foong (Bebas-Jelapang) mengambilalih sidang daripada tempat duduk Adun, manakala Sivakumar terus duduk di kerusi Speaker. Zambry kemudian mengemukakan usul melantik bekas Adun Sungkai, Datuk R Ganesan sebagai Speaker yang baru dan disokong oleh semua Adun BN serta ahli Bebas.

ADUN Pasir Bedamar, Seah Leong Peng (dua dari kanan) menghalang Setiausaha Dewan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri (kanan) daripada menjalankan tugas ketika persidangan.
Selepas usul pelantikan Speaker baru diluluskan, Hee menjemput Ganesan memasuki Dewan dan dipakaikan jubah Speaker oleh Dr Zambry. Ganesan kemudian mengangkat sumpah jawatan di bahagian tempat duduk ahli Dewan dan mengambilalih tugas daripada Hee. Ketika itu, Adun Pakatan Rakyat hanya memerhati sambil membuat bising tetapi Ganesan meneruskan sidang tanpa menghiraukan gangguan pembangkang. Beliau menerima empat usul pelantikan ahli jawatankuasa yang baru, iaitu Jawatankuasa Perintah Tetap, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) serta usul tidak mengiktiraf 'Sidang DUN Bawah Pokok' pada 3 Mac lalu. Semua usul dibentang oleh Datuk Hamidah Osman (BN-Sungai Rapat) dan disokong oleh Datuk Shaarani Mohammad (BN-Kota Tampan) serta diluluskan tanpa bahas oleh Adun BN dan Bebas dengan cara mengangkat tangan. Ketika Ganesan mengumumkan usul pertama diluluskan, Adun Pakatan Rakyat dan Sivakumar menjerit mengatakan 'haram'. Keadaan tenang seketika apabila Ganesan mengumumkan penangguhan sidang selama sejam bermula 11.15 pagi. Selepas sesi bermula pada jam 12.20 tengah hari, Sivakumar yang tidak bergerak dari tempat duduk Speaker, mengarahkan Ganesan keluar dari Dewan hingga mencetuskan semula pertikaman lidah antara Adun BN dan Pakatan Rakyat. Beberapa Adun pembangkang turut mengelilingi Ganesan bagi mendesaknya keluar Dewan dan berlaku tolak-menolak sehingga memaksa Speaker baru itu mengumumkan sidang ditangguhkan selama sejam lagi bermula jam 1 petang. Semua Adun mematuhi arahan itu dan keluar makan tengah hari, tetapi Sivakumar masih terus tidak bergerak dari kerusi Speaker. Apabila persidangan disambung semula kira-kira jam 2 petang, kekecohan sekali lagi tercetus apabila beberapa Adun pembangkang cuba menarik keluar Ganesan secara kasar. Berikutan itu, polis terpaksa campur tangan pada jam 2.20 petang kerana keadaan menjadi tidak terkawal dan bertambah agresif dengan ada insiden tolak-menolak dan pergaduhan di kalangan Adun.
Bentara juga dikasari sebanyak tiga kali oleh Adun pembangkang sehingga cedera di kaki ketika beliau cuba mengosongkan kerusi Speaker yang masih diduduki Sivakumar. Kekecohan itu berakhir pada jam 2.40 petang apabila Sivakumar diiring keluar oleh anggota polis sebelum Raja Nazrin yang menunggu lebih lima jam dalam Kamar Diraja, memasuki Dewan bagi merasmikan sidang itu. Baginda menyampaikan titah ucapan perasmian kira-kira setengah jam bermula 3.15 petang dan sebelum berangkat pulang, Raja Nazrin berkenan berbual mesra dan bersalaman dengan semua Adun.

BAPA SEBAGAI WALI NIKAH





Bapa sebagai ketua keluarga adalah juga berperanan sebagai wali pernikahan bagi seseorang anak perempuan. Sebagai wali, pemahamannya sebagai pemegang amanah amatlah penting disamping memahami dengan jelas syarat-syarat wali pada menjalankan aqad nikah.

Seminar seumpama ini diharap dapat membuka minda dan memberikan kefahaman kepada kaum bapa di daerah Tampin. Tujuan seminar adalah memberikan keahaman kepada kaum bapa mengenai tanggungjawab wali sebagai pemegang amanah, melahirkan bakal-bakal wali yang dapat memainkan peranannya dengan baik berkesan.

Perkahwinan merupakan satu ibadah, ianya mempunyai rukun dann syarat yang tersendiri. Dalam pernikahan rukun yang penting adalah wali nikah, persetujuan wali amat penting dalam pernikahan, tanpa wali tidak sah perkahwinan sesuatu pasangan.

Antara jenis jenis wali nikah terdiri daripada wali mujbir, wali aqrab, wali abad, wali hakim juga wali engkar/enggan. Syarat-syarat wali pula adalah islam, berakal, baligh, merdeka, lelaki, berfikiran waras, bukan dalam ihram, adil dan bukan paksaan. Panel penceramah juga memberikan ingatan kepada peserta yang akan menikahkan anak mereka yang akan bernikah jangan memberatkan pengantin dengan soal-soal remeh sewaktu akad nikah seperti mengulang-ulang akad dan sebagainya juga jangan malukan pengantian dan keluarga dengan soalan-soalan yang boleh menjatuhkan maruah pengantin dan keluarga.

Seminar sebegini akan melahirkan wali nikah yang lebih berpengetahuan dalam rukun dan syarat wali nikah. Sebaiknya bapa kepada pengantian perempuan yang lebih diberikan keutamaan untuk menikahkan anak mereka dan membacakan taklik nikah agar lebih memberikan kesedaran kepada pengantian lelaki akan tanggungjawab yang akan di pikul sebagai suami juga ketua keluarga.

Sapar Sutir salah seorang peserta seminar menjelaskan seminar sebegini amat baik dan berfaedah kepada wali nikah juga kepada golongan bapa yang mempunyai anak perempuan kerana lebih maklum tanggungjawab golongan bapa sebagai wali nikah kepada anak perempuan mereka kelak. Agar jangan berlaku bapa tidak mahu mewalikan pernikah anak perempuan mereka kerana di sebabkan masalah bukan calon pilihan keluarga dan sebagainya. Keadaan ini akan menyebabkan anak perempuan menyaman ayah mereka di mahkamah syariah kerana enggan mewalikan pernikahannya.

Seminar peranan bapa sebagai wali nikah telah membincangkan dua topic yang utama iaitu wali sebagai pemegang amanah penceramah oleh Ustaz Abdul Manas bin Md Isa, Pegawai Agama Islam Daerah Seremban. Tuan Hj Md Jusoh bin Sudin pula mengutarakan topic peranan wali serta syarat-syarat wali dalam aqad nikah beliau merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau . Seminar anjuran Jabatan Hal ehwal Islam Negeri Sembilan dan Pejabat Agama Islam Daerah Tampin di rasmikan oleh Ustaz Amran bin Awaludin Pegawai Agama Islam Daerah Tampin.

MASALAH PROSTAT




Sapar Sutir
( saparsutir@yahoo.com.my )




Masalah prostat adalah penyakit yang sering dihidapi oleh lelaki berumur 50 tahun ke atas. Risiko lelaki berumur 65 tahun ke atas berhadapan dengan penyakit ini dikatakan melebihi 80 peratus.



Usia abah hampir 70 tahun. Beliau hampir tidak pernah sakit. Kalau adapun hanyalah sakit-sakit biasa yang boleh sembuh dengan berehat dan minum air suam sebanyak mungkin. Alahai… abah diberi nikmat kesihatan yang terbaik.



Namun, sudah beberapa bulan beliau menderita kesukaran untuk membuang air kecil. Puas kami pujuk supaya berjumpa pakar perubatan. Beliau enggan. Sindrom “takut tahu penyakit”. Lebih baik tidak tahu, takut nanti terlebih risau. Itulah pandangan beliau. Namun jauh di sudut hati, saya fikir beliau berada di dalam zon ketakutan kerana tidak pernah sakit.



Akhirnya beliau mengakui yang tahap kesihatannya semakin menurun. Abah dimaklumkan oleh Doktor yang beliau mengidap prostat. Ia tidak pulih walaupun telah diberi rawatan awal.
Pada ketika ini, saya terkenangkan arwah Wan. Ketika di hospital Jertih [menderita kesakitan akibat komplikasi diabetes] beliau menyatakan kepada saya: Mil, Wan tak tahan sakit. Sakit sungguh. Bawalah Wan ke KL, carilah hospital berbayar yang paling mahal….



Tidak siapa yang tahu bagaimana saya kesedihan menerima permintaan daripada seorang ibu. Saya menitiskan airmata. Saya tidak mampu. Saya terasa sukar. Malah kami adik-beradik tidak pula duduk berbincang bagi memenuhi permintaan ini.



Mungkin beliau nyatakan harapan ini hanya kepada saya. Entah! Namun saya bersyukur kerana beliau melepasi tahap tersebut dan hanya meninggalkan kami setelah bertahun-tahun berlalu.



Pagi semalam, saya memujuk abah. “Abah, prostat adalah penyakit biasa untuk lelaki. Nanti


saya usahakan pakar terbaik buat abah. Kita buat pemeriksaan semula”. Abah bersetuju. Dia terasa lebih berkeyakinan.



Lalu saya hubungi Datuk Prof. Dr Amin, Timbalan Dekan Fakulti Perubatan UiTM supaya membantu saya menguruskan pemeriksaan Abah. Saya nyatakan kepada Abah: Abah, abah jangan risau. Datuk yang akan menguruskan pemeriksaan abah….



Setiap kali saya melakukan sesuatu untuk mak dan abah, saya pasti menitiskan air mata bila mengenangi arwah wan dan ayah. Mereka pergi ketika saya belum mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik buat mereka. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

2009/05/04

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA




Laporan pelaksanaan PPSMI bukan penanda aras tepat


TPMKUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran diarah membuat kajian semula terhadap pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) ekoran Kabinet tidak berpuas hati dengan hasil laporan Persidangan Meja Bulat PPSMI yang dibentangkan baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet berpendapat laporan daripada beberapa persidangan meja bulat PPSMI sebelum ini bukan penanda aras yang tepat untuk menilai kewajaran pelaksanaan dasar berkenaan.


"Kita tidak boleh membuat keputusan tanpa fakta dan bukti yang kukuh untuk menyokong sesuatu dasar itu. Saya hanya akan berpuas hati apabila mendapat maklumat lengkap yang diperoleh dari semua sudut. "Persidangan meja bulat mungkin hanya membolehkan sesetengah pihak mengemukakan pandangan peribadi. Kita memerlukan pandangan menyeluruh sebelum memutuskan sama ada dasar PPSMI perlu ditambah baik atau ditukar," katanya. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini semalam. Hadir sama ialah Pengerusi Pengelola DBP, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz.
Laporan Persidangan Meja Bulat PPSMI sebelum ini merumuskan tujuh cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI:

Meneruskan PPSMI seperti sedia ada;
Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda pada peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah;
Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah;
Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah;
Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah;
Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda pada Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam.


Penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah atau memansuhkan mata pelajaran Sains pada Tahun Satu hingga Tiga tetapi mengajar Sains dalam subjek lain.Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) bagaimanapun mahu kerajaan memansuhkan dasar itu kerana mendakwa pelaksanaan PPSMI selama enam tahun sejak 2003 gagal memanfaatkan pelajar, khususnya pelajar Melayu di luar bandar. Selain itu, 25 kesatuan dan persatuan yang mewakili kira-kira 350,000 guru di seluruh negara juga menolak pelaksanaan PPSMI pada peringkat sekolah rendah. Muhyiddin bagaimanapun menegaskan, sebarang keputusan berhubung pelaksanaan dasar PPSMI tidak boleh dilakukan secara terburu-buru kerana ia membabitkan masa depan pelajar. "Saya mengalu-alukan jika ada pihak yang hendak kemukakan pandangan, hendak menyerahkan memorandum atau hendak berjumpa saya jika ia bersesuaian dengan apa yang hendak disampaikan.


"Walau apapun pandangan dan pendapat, akhirnya ia perlulah mengambil kira kepentingan bahasa kebangsaan, selain bahasa Inggeris yang menjadi bahasa penting di dunia," katanya. Muhyiddin turut menggesa sektor swasta menyokong usaha kerajaan memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan. "Kita akui sektor swasta menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi dan urusan mereka, tetapi kerajaan berharap mereka turut menggunakan bahasa kebangsaan. "Kerajaan serius memartabat serta memperkembangkan bahasa kebangsaan dan berharap Bulan Bahasa yang akan kita laksanakan tidak lama lagi akan mendapat sokongan sektor swasta," katanya. Beliau berkata, pihaknya akan turut meneliti kembali Akta DBP, sekali gus menyokong usaha badan itu memartabatkan bahasa kebangsaan secara lebih berkesan dan menjadi titik mula untuk DBP bergerak dengan lebih aktif.

2009/05/03

PERLU TINDAKAN SEGERA SWM



Sinar Harian 13 Okt 2008REMBAU – Terabai, itu gambaran yang dapat dilihat di tapak permainan kanak-kanak di kawasan perumahan Taman Seri Rembau yang semakin terbiar dan rosak.Prasarana disediakan berupa dua buah buaian, jongkang jongket dan gelongsor dikatakan tidak dapat menampung kapasiti sementelah taman perumahan didiami lebih 300 keluarga.Kekurangan itu, ditambah pula dengan beberapa permainan rosak dan tidak boleh digunakan lagi yang dilihat boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, terdapat empat buaian dan hanya sebuah dapat digunakan sementara yang lain rosak.Sapar Sutir, 42, yang hampir lapan tahun menduduki kawasan perumahan ini berasa sedih melihat taman permainan yang semakin uzur dan hanya mencacatkan pemandangan sekitar.Katanya, setiap petang, taman yang hanya menyediakan permainan terhad menjadi rebutan kanak-kanak dan ada kalanya mencetuskan pergaduhan kecil.Menurutnya, perkara ini pernah diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab, namun dipandang sepi sehingga kini tanpa apa-apa tindakan diambil sama ada membaik pulih semula atau menambah prasarana sedia ada.Jelasnya, padang permainan ini juga gagal diselenggarakan dengan baik di mana sampah sarap tidak dikutip dan dibiarkan sahaja sehingga mencacatkan pemandangan.Tambahnya, padang permainan ditumbuhi lalang ini hanya dimesin sebulan sekali bergantung kepada kepanjangan rumput.Struktur padang yang tidak rata dan berlubang menyebabkan ramai kanak-kanak tidak lagi bermain bola seperti kebiasaan.Katanya lagi, selain itu, taman permainan ini juga tidak menitikberatkan ciri-ciri yang menjamin keselamatan.“Seharusnya disediakan lapisan getah dan sebagainya bagi menggelakkan kanak-kanak terjatuh dan mengalami kecederaan lebih serius.“Sewajarnya masalah ini diberi perhatian lanjut oleh pihak bertanggungjawab dengan kadar segera agar kanak-kanak di sini dapat beriadah dengan sempurna,” katan

2009/04/29

TAMPIN INDAH BERSIH


Megalith produk pelancongan Tampin

TAMPIN – Sama seperti di daerah lain di negeri ini, Tampin juga kaya dengan lokasi atau tempat bersejarah yang boleh dilawati untuk dijadikan tarikan pelancongan. Antara lokasi yang boleh orang ramai dan pelancong hadir ke daerah ini adalah Megalith Datuk Nisan Tinggi yang merupakan salah satu kawasan Megalith yang tertinggi terletak di kawasan Kampung Repah berdekatan jalan utama dari Pekan Tampin ke Gemas. Sapar Sutir, Penyelaras Media berkata, Megalith yang banyak terdapat di kawasan perkuburan Islam itu dikenali sebagai Nisan Tinggi atas sebab faktor ketinggian batu berkenaan. Menurutnya, Megalith itu juga dikenali sebagai ‘batu hidup’ dan kubur kepada nenek moyang penduduk tempatan serta dipercayai bercahaya apabila terkena suluhan pada waktu malam. “Sekiranya kita belajar sejarah dahulu kala, nenek moyang kita pada masa lampau tidak mempunyai tempat strategik untuk mengebumikan ahli keluarga yang meninggal dunia. Keadaan itu menampakkan berlakunya pengebumian secara tidak sistematik satu masa dahulu dan perkara itu terjadi di Kampung Repah ini. “Selain itu, mereka juga tidak mempunyai pakar dalam membuat nisan sama seperti penduduk generasi masa kini. Itu adalah salah satu faktor masyarakat nenek moyang di sini menggunakan batu Megalith ini sebagai nisan mereka,” kata Ahmad. Sapar berkata, Megalith itu wajar mendapat perhatian orang ramai khususnya pelancong yang hadir ke Kampung Repah. Katanya, Megalith yang berusia berpuluh tahun lalu itu dipercayai mampu membesar secara perlahan dan pada hari ini, ia mencapai ketinggian yang hampir 3 meter.

PIRING TERBANG DI JOHOR


Piring terbang waktu malam

Terdapat lebih 140 kes UFO ‘singgah’ di Malaysia dicatatkan dalam tempoh 30 tahun lalu. Bagi peminat ‘piring terbang’, UFO bukan lagi khayalan.
ZAID ZAIN, 43, sedang minum di sebuah restoran di Larkin Perdana, Johor Bahru, pada 17 Mac lalu apabila anaknya yang berusia 10 tahun, Mohd. Nauman menelefon untuk memberitahu dia ternampak sebuah objek pelik berlegar-legar di ruang angkasa.
Sebagai seorang yang obses dengan fenomena objek terbang tidak dikenali (UFO), Zaid bergegas pulang. Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 8.30 malam manakala dada langit kelihatan cerah.
"Objek itu mempunyai dua warna iaitu putih dan hijau. Jika dilihat dari rumah saya, ia seperti betul-betul berada di ruang udara Stadium Larkin," katanya.

KAWAH berbentuk 'Y' yang dipenuhi air di kawasan lapang berpaya dan didakwa kesan objek asing turun telah ditemui di Kampung Gobek, Tanah Merah, Kelantan pada Mac 2000.
Selepas kejadian itu, boleh dikatakan setiap hari Zaid akan mendongak ke langit, namun 'UFO' itu hanya boleh dilihat sebanyak dua kali dalam seminggu.
"Saya terfikir juga ia mungkin pesawat canggih negara jiran, tapi tidak mungkin kerana bentuk dan objek terbang yang saya lihat itu terlalu tinggi di udara," katanya.
OBJEK terbang mengeluarkan cahaya terang ialah bentuk UFO paling kerap disaksikan di negara ini.

Adik Zaid, Mohd. Zamri, 30, sempat merakam pergerakan UFO tersebut dan menganalisis imej tersebut menggunakan komputer.
"Antara yang saya teliti adalah pergerakan, warna dan bentuknya," katanya.
Mohd. Zamri percaya objek itu bukan layang-layang bercahaya. "Tidak mungkin layang-layang boleh terbang setinggi itu di angkasa dan bertahan sehingga lebih satu jam sebelum hilang di celah awan," jelasnya.

Sekalipun UFO dianggap cerita dongeng oleh kebanyakan orang, masih ada rakyat Malaysia yang mempercayainya malah mendakwa pernah melihatnya.
Menurut laporan, terdapat lebih 140 kes kemunculan UFO di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 30 tahun lalu iaitu dari tahun 1981 hingga 2008.

Tanjung Sepat di Selangor dan Sungai Petani, Kedah ialah lokasi paling kerap objek itu didakwa muncul iaitu masing-masing sebanyak 10 dan lapan kali kali.
Satu anggaran kasar pernah menyatakan pendaratan UFO di seluruh dunia berlaku setiap 15 minit atau 30 minit.

Bagi bekas kakitangan kerajaan, Ahmad Jamaludin, 56, kemunculan UFO menjadi petanda gempa bumi akan berlaku di Sumatera, Indonesia.
Kejadian gempa bumi di Sumatera dipercayai berlaku dalam tempoh 24 jam hingga tiga bulan selepas UFO dilaporkan muncul.
"Jarak kemunculan UFO adalah bergantung kepada kekuatan gempa bumi itu. Jika magnitud 5 (biasanya kalau berlaku di kawasan utara Sumatera), ia (UFO) akan muncul di sebelah utara Semenanjung. Misalnya Pulau Pinang atau Kedah.
"Tetapi, jika magnitud itu lagi kuat, ia akan pergi jauh lagi, contohnya di Kelantan, Terengganu. Bergantung kepada magnitud tersebut," katanya.
MOHD. ZAMRI membuat lakaran piring terbang yang dilihatnya di Larkin, Johor Bahru pada 17 Mac lalu.

Memiliki pengalaman selama 33 tahun dalam bidang kaji kuman dan penyakit haiwan akuatik, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Ahmad yang ditemui Kosmo! Ahad di ibu negara tidak lama dahulu begitu teruja apabila diajak berkongsi perspektifnya tentang UFO.
"Ya, saya yakin memang ada UFO kerana banyak data yang menyokong kehadirannya," kata Ahmad yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.
Pernah belajar memandu dengan Kelab Penerbangan Perak, Ahmad memberitahu, beliau sering berhubung dengan pakar-pakar dan peminat UFO luar negara untuk merungkai misteri alam itu.
KITARAN kemunculan UFO. 'Makhluk asing' itu didakwa telah memetakan kehadirannya mengikut tahun.
Menurutnya, berdasarkan kajian menerusi kompilasi data-data sejak lebih tiga dekad lalu, UFO lazimnya muncul pada waktu malam.
"Data-data yang konsisten menunjukkan UFO biasanya muncul pada pukul 8 malam. Tetapi puncanya masih belum diketahui," ujarnya yang mula mengkaji tentang kehadiran UFO di Malaysia sejak tahun 1978.
Ahmad berpendapat kekerapan kemunculan UFO mempunyai kitarannya sendiri.
"Kemuncak kemunculan objek asing ini akan berlaku setiap 10 tahun. Tahun 2001, misalnya, dikategorikan sebagai tempoh kehadiran UFO paling banyak. Jadi gelombang itu bakal berulang lagi pada tahun ini atau tahun hadapan," katanya.
Kenapa hendak mengkaji UFO?
"Dengan mengkaji pendaratan UFO, kita dapat buktikan bahawa terdapat makhluk lain selain daripada manusia.
"Pakar-pakar astronomi turut meramalkan terdapat jutaan bintang yang ada penghuninya. Tapi satu pun tidak sampai ke sini kerana jaraknya terlalu jauh.
"Jadi saya ingin buktikan bahawa makhluk asing memang wujud dan mereka datang ke bumi," terang Ahmad panjang lebar.
Bagaimanapun, Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Zulhabibullah Ismail, memberitahu sehingga kini tiada bukti secara saintifik wujudnya UFO.
"Pengkaji di Amerika Syarikat dikatakan pernah terjumpa dengan makhluk asing yang dipercayai UFO namun apabila dikaji hasilnya hanyalah bangkai binatang ataupun manusia.
"Malah kajian Angkasa berdasarkan aduan orang ramai yang mendakwa melihat UFO di Perak, Johor dan Kelantan sebenarnya hanyalah objek payung terjun, belon kaji cuaca serta pergerakan arus elektrik di udara," katanya.
Bicaranya lagi, kajian yang beliau lakukan juga mendapati objek yang disangka UFO ialah komet dan meteor.
"Seperti belon cuaca, ia mempunyai aluminium yang boleh memantulkan cahaya dan kelajuan angin membuatkan ia pantas bergerak.
"Pihak berkuasa Amerika Syarikat sendiri pernah mengkaji dengan serius sama ada UFO wujud atau tidak dengan memasang radio teleskop gergasi di kawasan pergunungan bagi berhubung dengan makhluk misteri itu.
"Tetapi program itu gagal walaupun berbilion dolar telah dihabiskan," ujarnya,
Penceramah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah pula memberitahu, tiada satu pun ayat di dalam al-Quran dan hadis Nabi yang mengatakan wujudnya UFO.
"Yang ada ialah cerita mengenai syaitan, jin dan makhluk halus lain. Memang makhluk ini boleh bertukar rupa tetapi saya tidak pernah mendengar cerita jin bertukar menjadi piring terbang UFO," ujarnya.





2009/03/30

PERALIHAN KUASA



PM: Peralihan kuasa pasti berlaku.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata proses peralihan kuasa jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak akan berlaku bila tiba masanya."Tunggu jelah. Jangan minta saya cakap apa-apa. Semua ini akan berlaku bila tiba masanya."Peralihan akan berlaku," katanya selepas melancarkan projek Puncak Baru bersempena pembangunan semula tapak pasar minggu Kampung Baru di ibunegara hari ini.Dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno Sabtu lalu, perdana menteri berkata, beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Khamis ini bagi memaklumkan hasrat untuk melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.

BUKIT GANTANG, PERAK.



PAS tohmah Tekun 'cekik darah'

Datuk Noh Omar membidas pembangkang kerana menyifatkan skim pembiayaan Tekun Nasional bagi membantu usahawan kecil menyerupai peminjam wang haram yang "mencekik darah".Tabung pembiayaan itu, kata menteri pembangunan usahawan dan koperasi, telah membuktikan keupayaan membantu peniaga kecil melalui pembiayaan sehingga RM50,000."Ada pemimpin PAS menabur fitnah dalam kempen pilihanraya Bukit Gantang mengenai Tekun supaya rakyat membenci agensi itu. "Bagi pembangkang, apa sahaja usaha pembangunan yang berkesan dan sangat baik yang dilaksanakan oleh kerajaan BN untuk rakyat, dianggapnya perkara yang menyusahkan rakyat.

Beliau bercakap selepas penutupan majlis kementerian bersama pelanggan selama tiga hari di Dewan Changkat Jering malam tadi.Noh berkata jika seseorang itu mendapat pinjaman Tekun sebanyakRM15,000, peminjam perlu membayar semula sebanyak RM18,000, dan bukannya RM30,000 seperti yang didakwa oleh pembangkang."Itu satu tuduhan supaya rakyat membenci Tekun yang kini sangat popular," katanya.Noh, juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, berkata pembangkang akan melakukan perbuatan menghasut seperti itu apabila kerajaan melakukan sesuatu usaha untuk membantu golongan miskin,usahawan dan peniaga kecil.Kawasan parlimen itu menghadapi pilihanraya kecil yang menyaksikan persaingan sengit calon BN Ismail Saffian dengan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April ini.

Tekun hingga kini menyediakan modal pusingan berjumlah RM1.2 bilion berbanding RM800 juta ketika mula ditubuhkan pada 1998.Dari 2009 hingga 2010, Tekun diperuntukkan RM200 juta termasukRM50 juta bawah pakej rangsangan ekonomi kedua dan baru-baru ini ia turut mendapat tambahan RM6 juta lagi bagi menggiatkan usaha pembangunan dan membantu golongan sasaran.Tahun lepas agensi itu memberi pembiayaan RM360 juta berbanding RM120 juta tahun sebelumnya.

2009/03/18

Kesetian Kepada Raja dan Negara


Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Ini adalah prinsip yang kedua dalam Rukunegara Malaysia. Ada 5 prinsip semuanya. Dan ketaatan kepada Raja-raja adalah yang kedua. Selepas Kepercayaan kepada Tuhan. Kenapa?
Ini menunjukkan bahawa Institusi Raja-raja adalah amat penting untuk menjamin perpaduan dan keamanan negara dan rakyat. Generasi terdahulu menekankan prinsip ini sebab mereka tahu kemampuan Raja-raja untuk mengekalkan perpaduan rakyat. Dan ini sangat-sangat penting untuk negara yang berbilang kaum macam Malaysia yang kita sayang selama ni. Jadi sekarang ni, apa sudah jadi?

Semua orang macam dah lupa pada Rukunegara. Padahal saya yakin yang semua pemimpin-pemimpin parti-parti politik kat Malaysia ni pernah melafazkan ikrar Rukunegara dalam perhimpunan masa sekolah dulu. Tapi makin tua, makin lupa pulak nampak gayanya ni.. Hehe..
Rakyat kita, terutama anak-anak muda, baru saja nak faham dengan erti Rukunegara, lepas tu baru nak belajar cara nak amal dalam rutin harian mereka. Tapi, bila orang-orang lama, yang patut jadi contoh kt diorang ni buat perangai macam ni, mereka boleh jadi keliru. Jurupandu dah hilang arah, yang dipandu pun bertaburan la.

Pemimpin-pemimpin kita ni perlu sedar, apa yang mereka buat, akan bagi impak yang terlalu besar kepada minda rakyat kita, terutama golongan muda. Oleh sebab minda mereka masih dalam peringkat pembentukan, kita perlulah bentuk minda-minda suci ini dengan ajaran yang betul. Bukan dengan ajaran yang menyimpang, dan membenarkan perkara-perkara yang jelas tidak benar.

Pemimpin-pemimpin politik perlu jadi lebih bertanggungjawab dalam setiap tindakan mereka. Kalaulah mereka boleh amalkan Rukunegara dalam setiap perbuatan mereka, saya yakin, keadaan pergolakan politik negara sekarang ini boleh dielakkan. Sedarlah


KUALA LUMPUR 17 Mac – Hasrat Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk bertanding jawatan kedua tertinggi UMNO musnah apabila Lembaga Disiplin hari ini membuat keputusan melarang beliau bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Lembaga Disiplin parti itu mengumumkan, Mohd. Ali yang juga Naib Presiden UMNO dan salah seorang calon ‘pilihan’bagi jawatan itu bersalah di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO apabila tiga ejennya didapati bersalah mengamalkan politik wang.
Selain Mohd. Ali, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail turut mengumumkan, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersalah di bawah perkara yang sama.

Bagaimanapun calon Ketua Pemuda UMNO itu hanya dikenakan tindakan amaran.
Seorang lagi calon Ketua Pemuda yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah atas dakwaan politik wang.
Pada sidang akhbar tersebut Lembaga Disiplin UMNO mengumumkan hasil siasatan 29 kes pemimpin dan ahli UMNO berhubung kes politik wang dengan 15 daripadanya didapati bersalah.
Turut bersalah dan digantung keahlian selama tiga tahun ialah Ketua Pemuda UMNO Sabah, Datuk Japlin Akin; Ketua Wanita UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Salmah Pin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Maran, Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi
Ahmad Rithauddeen berkata, Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO adalah berkaitan anggapan kebersalahan jika ejen atau pelobi atau perayu kempen calon didapati bersalah dan ada fakta calon terbabit ada pengetahuan atau terlibat.‘‘Jadi kesalahan itu adalah disebabkan ada sabit p

ekerja dia atau apa saja, yang buat salah, maka dia sebagai prinsipal juga akan dianggap bersalah. Tetap kesalahan itu tidaklah sama seperti yang dilakukan ejennya,’’ katanya di Ibu Pejabat UMNO di sini hari ini.

Menurutnya, dalam kes Mohd. Ali, Lembaga Disiplin mendapati tiga ejen Ketua Menteri Melaka itu termasuk Setiausaha Politiknya, Saadun Basirun didapati bersalah dalam politik wang.
Tambahnya, dua lagi ejen beliau ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil, Rosli Hasan dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Katil, Zalina Ismail.
Ketiga-tiga mereka dikenakan hukuman gantung keahlian selama tiga tahun.
Ahmad Ritahuddeen berkata, walaupun Mohd. Ali yang juga Naib Presiden UMNO telah diberi peluang memberikan penjelasan dalam soal siasat yang dijalankan, Lembaga Disiplin tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Beliau menjelaskan, Mohd. Ali hanya dilarang daripada bertanding pada pemilihan parti minggu depan tetapi keahliannya tidak digantung.
Ditanya kenapa hukuman yang tidak sama dikenakan ke atas Khairy walaupun didapati melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1, beliau berkata, hukuman tidak semestinya sama kerana tahap kesalahan yang berbeza.
Perbezaan itu juga katanya, adalah kerana pembuktian yang lemah terhadap restu calon kepada ejennya.
‘‘Hubungan ejen dengan Khairy juga tidak begitu jelas, bagaimanapun untuk melepaskannya begitu sahaja tidak boleh kerana terdapat sedikit bukti melibatkan beliau dengan kesalahan berkenaan,’’ ujarnya.
Ditanya aduan politik wang terhadap Ahli MT UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria yang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah, Ahmad Rithauddeen enggan mengulas kerana ia belum diputuskan oleh pihak berkenaan.

Mengenai calon-calon MT yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jelasnya, ia adalah perkara yang berasingan.
‘‘Asas kita adalah Tataetika Ahli UMNO sahaja. Kalau SPRM ia libatkan kesalahan jenayah. Jika kesalahan jenayah berlaku, ia tugas polis untuk siasat dan tentukan ada kes atau tidak, jika ada teruskan dengan pendakwaan,’’ ujarnya.
Menurutnya, pengumuman hukuman terhadap ahli UMNO yang terbabit dengan salah laku menjelang Perhimpunan Agung bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana ia juga pernah dilakukan sebelum ini.

‘‘Kita juga membuat keputusan sama pada pemilihan sebelum ini, mereka yang terbabit boleh membuat rayuan termasuk selepas pemilihan,” katanya

2009/02/17

Kualiti Pemimpin



Kualiti seorang pemimpin bukan hanya ditentukan oleh kepetahannya berhujah di atas pentas, kata Ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus.Sebaliknya, tambah beliau, ia juga dinilai dari sudut rekod mereka berkhidmat dengan parti.Syukur yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Selangor mengulas penganjuran program yang membawa tiga calon ketua Pemuda Umno hadir di satu pentas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam esok.Mereka ialah ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.Program tersebut dianjur dan akan disiarkan oleh sebuah stesen TV swasta malam esok.Menurut Syukur, berkumpul untuk menunjukkan kepetahan berbicara dan banyak idea hanyalah sebahagian daripada ciri-ciri untuk menjadi pemimpin yang baik.'Banyak idea'"Dengan cara itu, rakyat boleh tengok siapa yang pandai berbicara, siapa yang banyak idea."Tetapi nak pilih pemimpin kena tengok semua sekali termasuk juga khidmatnya dalam parti," katanya.Manakala bekas Ketua Pemuda Umno bahagian Merbok, A Karim Ali pula berkata, calon ketua Pemuda Umno tidak perlu diperkenalkan lagi kerana semua orang sudah kenal.Sebaliknya, kata beliau, ahli parti mahu pemimpin Pemuda yang konsisten yang memperjuangkan agenda parti dan orang Melayu.Katanya, orang tidak mahu pemimpin Pemuda Umno yang mengamalkan sikap bercakap berbeza di tempat yang berlainan.Bagaimanapun, katanya, berkumpul secara berkelompok itu membolehkan mereka menjelaskan dasar yang hendak dibawa apabila menjadi ketua Pemuda kelak.'Serangan peribadi'Ketua Pemuda Umno Melaka, Ashakari Abu Nor pula berpendapat, langkah memperkenalkan calon di atas satu pentas terbuka adalah tidak bijak kerana ia memberi peluang kepada pihak tertentu untuk melakukan serangan peribadi terhadap calon tertentu."Di atas pentas program disusun elok, tetapi penyokong mereka boleh mengemukakan soalan peribadi yang boleh memalukan calon tertentu."Kita perlu belajar dari pengalaman mengadakan siaran langsung perhimpunan agung Umno beberapa tahun lalu di mana orang ramai mengecam pemimpin parti," katanya.Ashakari berkata, cara terbaik untuk memperkenalkan calon ketua Pemuda ialah mengadakan debat tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di ibunegara.Katanya, semua perwakilan Pemuda boleh datang untuk mendengar dan menilai idea dan hujah masing-masing."Membuat program di pentas terbuka memberi ruang kepada orang yang tidak berkenaan, mencari kelemahan pemimpin Umno," katanya.

Program Hujah






Dalam program tersebut, pengerusinya Prof Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mengemukakan soalan kepada ketiga-tiga mereka mengenai Umno, pertandingan ketua Pemuda Umno, isu Dasar Ekonomi Baru (DEB), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengenai pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Program tersebut diadakan di Dewan Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka (DEB) yang dihadiri kira-kira 350 orang termasuk pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan UKM.
Menurut Khairy lagi, negara berada dalam persekitaran yang berbeza daripada dahulu.
Khairy: Persekitaran berbeza.

"Kita berada di persekitaran politik yang terbuka di mana banyak isu diperbahas secara terbuka di internet dan blog, maka harapan rakyat terhadap kerajaan semakin meningkat," katanya.Namun begitu, katanya, kerajaan BN telah meningkatkan usaha seperti menentang rasuah dan mempertingkatkat institusi kehakiman.Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa ia bukan tugas yang boleh dilakukan dalam sekelip mata.

Tiga calon Ketua Pemuda Umno berkongsi pentas malam ini dengan Khairy Jamaluddin menafikan yang Umno berada dalam krisis yang teruk, manakala Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula sependapat bahawa Umno perlu pembaharuan dan perubahan untuk terus relevan.Khairy bersetuju bahawa Umno perlukan pembaharuan tetapi menekankan bahawa "Umno tidak seteruk yang digambarkan, bukan parti yang ditolak dalam pilihanraya umum lalu".
Menurutnya, Umno tidak sampai ke tahap krisis yang teruk,tetapi Barisan Nasional (BN) dihukum dalam pilihanraya umum lalu kerana "kita tidak dapat menguruskan kemenangan besar yang kita perolehi pada 2004".
"... (kita) mesti kembali ke situ," katanya dalam program mingguan 'Hujah' yang disiarkan secara langsung oleh TV9 malam ini.Dalam program tersebut, pengerusinya Prof Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mengemukakan soalan kepada ketiga-tiga mereka mengenai Umno, pertandingan ketua Pemuda Umno, isu Dasar Ekonomi Baru (DEB), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengenai pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Program tersebut diadakan di Dewan Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka (DEB) yang dihadiri kira-kira 350 orang termasuk pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan UKM.
Menurut Khairy lagi, negara berada dalam persekitaran yang berbeza daripada dahulu.
Khairy: Persekitaran berbeza
"Kita berada di persekitaran politik yang terbuka di mana banyak isu diperbahas secara terbuka di internet dan blog, maka harapan rakyat terhadap kerajaan semakin meningkat," katanya.Namun begitu, katanya, kerajaan BN telah meningkatkan usaha seperti menentang rasuah dan mempertingkatkat institusi kehakiman.Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa ia bukan tugas yang boleh dilakukan dalam sekelip mata."Kita jangan lihat, peralihan kuasa dan pembaharuan, akan selsesaikan semuanya," katanya."Tapi (jika) peralihan kuasa itu tidak diikuti langkah memenuhi janji-janji kita, maka perubahan itu adalah sia-sia sahaja," katanya.
Dr Khir pula berkata Umno bukan sahaja memerlukan pembaharuan dan perubahan tetapi juga perlu menangani soal persepi buruk yang dilabelkan oleh pembangkang terhadapnya."Bila bercakap tentang politik, ia adalah mengenai persepsi... Persepsi yang diberi pembangkang (terhadap Umno) buruk sekali... Umno tidak mesra rakyat, sombong..."Bila Umno tidak dilihat memperjuangkan bangsa dan agama, atau jati diri, (maka) jadi orang yang meluat dengan Umno akan menyertai parti lain...," tegasnya.Oleh itu, katanya Pemuda umno perlu berusaha menggarapkan semula Umno yang dulunya berjuang untuk bangsa, negara dan agama.Malah, tegas Dr Khir, rata-rata anggota Pemuda Umno sendiri - bila ditanya tujuan mereka menyertai Umno - jarang boleh menjawabnya.Sehubungan itu, beliau menegaskan pentingnya bagi pergerakan itu memperbanyakkan kursus wajadiri di kampung dan bandar.Manakala Mukhriz pula berkata, Umno telah agak terpesong dari halatuju asal parti itu sejak tahun 2004 dan ia merupakan antara sebab rakyat hilang kepercayaan kepada Umno dan BN."Bila ini berlaku, maka merundum sokongan dari rakyat, Perbezaan keputusan pilihanraya umum 2004 dan 2008 seperti langit dan bumi..," tegasnya.Usaha untuk memulihkan semula Umno, menurut Mukhriz, memerlukan rombakan di peringkat kepimpinan tertinggi kerana parti memerlukan kepimpinan yang tegas."Kita sudah menyimpang dari perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair... Rakyat tidak lihat kita benar-benar berpegang kepada perjuangan kita."Ucapan kita sudah jadi retorik, dan orang kata kita retorik dan tidak amalkan apa yang kita cakap...," katanya.Berikutan itu, tambahnya, lahir banyak NGO yang telah mengambil alih peranaan Umno dan mendapat sokongan dan ramai ahli.

Prof Agus turut bertanya mengenai Pemuda Umno yang menurutnya di mana sahaja hanya bercakap mengenai orang Melayu, sedangkan parti-parti komponen BN yang lain tidak begitu.Contohnya, kata beliau, parti Gerakan telah membuat laporan polis berhubung keselamatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dilaporkan terancam serta Wanita MCA yang memberi sokongan kepada Elizabeth Wong ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum.Menjawab soalan itu, Dr Khir berkata: "Kita harus lihat orang Melayu sebagai tunggak kepada politik Malaysia, jika tumbang politik Melayu, maka akan tumbang politik negara, jadi tidak boleh samakan Umno dengan MCA dan Gerakan."

Ditanya mengenai kekalahan kerajaan BN pimpinannya di Selangor, Dr Khir menjelaskan bahawa kekalah BN bukan di Selangor sahaja, malah di Kedah, Pulau Pinang dan Perak juga, yang berpunca daripada isu-isu nasional.Malah, katanya, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah kalah dalam pilihanraya umum 1969 manakal Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah tewas dalam pemilihan jawatan naib presiden pada 1993."Kita belajar dari kekalahan," katanya sambil menegaskan bahawa semangat Melayu tidak pernah luntur.

Mengenai ISA
Mengenai ISA pula, Khairy berkata, tentangan generasi muda terhadap penggunaan akta tersebut cukup meluas.Berikutan itu, kata naib ketua Pemuda Umno itu, penjelasan tentang ISA perlu dibuat kepada generasi muda.“ISA adalah proses yang dibuat oleh seorang sahaja iaitu menteri dalam negeri tanpa perlu proses mahkamah.“Tetapi kita perlu undang-undang untuk mencegah keselamatan negara, saya tidak takut berbahas dengan pembangkang mengenai perkara ini,” katanya.Manakala Dr Mohd Khir pula mendakwa, tindakan kerajaan dalam isu penghinaan terhadap Raja-raja Melayu amat lemah.Menurutnya, rakyat kecewa kerana kerajaan lambat bertindak kerana mereka mahu kerajaan mengatasi isu itu dengan segera.“Saya difahamkan sudah ada lebih 100 laporan terhadap Karpal Singh tetapi belum ada tindakan.“Kekecewaan rakyat ini menyebabkan mereka mengadakan demontrasi,” katanya.Menurut Dr Mohd Khir, Raja-raja Melayu tidak boleh didakwa kecuali di mahkamah khas yang membabitkan isu-isu peribadi mereka.Sementara Mukhriz pula berkata, kepimpinan perlu tegas menjalankan undang-undang untuk menjaga keamanan negara.Katanya, kepentingan rakyat hendaklah terjaga dan terbela.“Orang yang mengadakan demonstrasi jalanan, kita tidak menggunakan ISA dan keadaan ini menyebabkan keputusan pilihanraya tidak memihak kepada kita,” katanya.Mukhriz menegaskan kepimpinan negara yang tegas sangat penting untuk menghasilkan kejayaan.

DEB, Ketuanan MelayuBercakap tentang ketuanan Melayu, Dr Khir berkata, persoalan hak istimewa orang Melayu dan kontrak sosial tidak perlu dipersoalkan kerana ia dijamin dalam perlembagaan.“Kalau tidak puas hati, bawa ke parlimen, pinda perlembagaan, barulah menjadi seperti negara Barat, kalau itulah yang diidamkan,” katanya.Beliau juga menjelaskan bahawa isu ketuanan Melayu sama sahaja dengan ketuanan rakyat yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, katanya idea kesamarataan antara kaum dan agama yang dikemukakan Anwar harus dibimbangkan kerana perkara itu telah dijamin dalam perkara-perkara tertentu seperti Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.Khairy pula menolak dakwaan bahawa agenda ketuanan Melayu merupakan isu perkauman. Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan agenda nasional.“Kalau tidak selesai masalah pribumi, ia akan menjadi masalah negara,” katanya.Tambahnya, kefahaman tentang kontrak sosial perlu dibincangkan berdasarkan semangat perkongsian kuasa.Bercakap tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB), ianya dipertahankan oleh Mukriz dengan alasan ianya “telah betul dari awal” dan diiktiraf pelbagai pihak, antaranya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).“Ia juga dicontohi di beberapa negara Afrika,” katanya menjawab soalan sama ada Malaysia memerlukan pakej ekonomi baru.Manakala Dr Khir pula mengakui bahawa Malaysia memerlukan pakej baru. Beliau bercakap demikian ketika mengiyakan soalan pengerusi sama ada sebuah pakaj ekonomi baru diperlukan atau tidak.“Sudah 31 tahun, keadaan sudah berbeza,” katanya.Pakej baru itu, tambah beliau, hendaklah memberi penekanan ke arah mendekatkan jurang pendapatan dan kualiti hidup rakyat.“Ini tidak, yang miskin terus tertinggal, yang kaya terus terbelai,” katanya.

Mengulas isu PPSMICalon-calon ketua Pemuda Umno juga turut dilontar persoalan mengenai PPSMI.Khairy dan Mukhriz masing-masing bersetuju dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik (PPSMI) patut dipinda.Bagaimanapun, kedua-duanya berbeza pandangan tentang sejauh manakan pindaan yang harus dibuat terhadap dasar yang diperkenalkan sejak enam tahun lalu.Menjelaskan lanjur pendiriannya, Khairy mendakwa konsisten bercakap berkenaan isu tersebut sejak daripada dulu lagi.Menurut beliau, dasar itu perlu dipinda kerana sejak diamalkan, “kerana keberkesanannya (PPSMI) tidak terbukti terutama di kawasan luar bandar”.“Banyak cadangan diterima, antaranya dipinda di peringkat sekolah rendah, tetapi diteruskan di (peringkat) sekolah menengah. Pada pandangan saya, dasar ini perlu pindaan di peringkat sekolah rendah sekurang-kurangnya.“Dalam masa yang sama, penguasaan bahawa Inggeris mesti dipertingkatkan melalui penambahan masa mengajar,” tambah beliau.Mukhriz - ketika mengulas dasar yang diperkenalkan oleh bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad - berkata: “Kalau pinda sikit-sikit boleh dipertimbangkan.”Beliau dilihat memilih jalan lebih berwaspada dengan berkata, penekanan harus diberikan kepada bangsa melebihi bahasa.Beliau malah memulakan hujahnya dengan berkata: “Perkara ini amat sensitif, apatah lagi dibincangkan di Dewan Tun Syed Nasir di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),”Katanya, keutamaan harus diberikan kepada bangsa supaya kedudukan orang Melayu akan setanding dengan bangsa-bangsa lain.“Dasar tersebut dibuat supaya orang Melayu dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Bahasa Inggeris juga penting. Saya harap ia diteruskan dengan sedikit pindaan. Bangsa perlu diutamakan.“Kalau pindaan sikit-sikit daripada sekolah rendah ke sekolah menengah, itu boleh dipertimbangkan,” katanya.Manakala Dr Khir tidak menyentuh isu tersebut.

. Pada pandangan saya, dasar ini perlu pindaan di peringkat sekolah rendah sekurang-kurangnya.“Dalam masa yang sama, penguasaan bahawa Inggeris mesti dipertingkatkan melalui penambahan masa mengajar,” tambah beliau.Mukhriz - ketika mengulas dasar yang diperkenalkan oleh bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad - berkata: “Kalau pinda sikit-sikit boleh dipertimbangkan.”Beliau dilihat memilih jalan lebih berwaspada dengan berkata, penekanan harus diberikan kepada bangsa melebihi bahasa.Beliau malah memulakan hujahnya dengan berkata: “Perkara ini amat sensitif, apatah lagi dibincangkan di Dewan Tun Syed Nasir di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),”Katanya, keutamaan harus diberikan kepada bangsa supaya kedudukan orang Melayu akan setanding dengan bangsa-bangsa lain.“Dasar tersebut dibuat supaya orang Melayu dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Bahasa Inggeris juga penting. Saya harap ia diteruskan dengan sedikit pindaan. Bangsa perlu diutamakan.“Kalau pindaan sikit-sikit daripada sekolah rendah ke sekolah menengah, itu boleh dipertimbangkan,” katanya.Manakala Dr Khir tidak menyentuh isu tersebut.












-->





2009/02/16

Anugerah Q



ANUGERAH Q JABATAN PENERANGAN MALAYSIA NEGERI SEMBILAN 2008

Oleh : Sapar bin Sutir
( saparsatu66@yahoo.com )


TAMPIN

Anugerah merupakan sesuatu penghargaan yang diberikan kepada mereka yang benar-benar cemerlang dan terbaik dalam menjalanakan tugas yang diamanahkan oleh Ketua Jabatan di mana seseorang itu bertugas. Anugerah juga sebagai tanda pekerja berkenaan telah berjaya dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jayanya.

Sebagai petugas yang telah dianugerahkan dengan anugerah terbaik dalam sesuatu bidang yang mereka mahir, ianya amat berharga dan akan diingati. Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah mengambil pendekatan terbaik dengan memberikan anugerah Q kepada kakitangan yang bertugas di daerah atau ibu pejabat. Anugerah Q berkenaan di adakan di Hotel Mesra Port Dickson yang telah di hadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan En Ahmad Iqbal bin Zainal Azim, Penolong-Penolong Pegarah dan kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan.

Anugerah Q kepada mereka yang cemerlang berdasarkan kepada kecekapan, kemahiran, daya usaha juga rasa tanggungjawab kepada bidang tugas yang telah di amanahkan dan telah di nilai oleh mereka yang tidak memihak kepada sesiapa juga dalam memilih pemenang anugerah Q Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan.

Antara mereka yang telah di anugerahkan Q dimajlis berkenaan adalah En Sapar Sutir dari Pejabat Penerangan Daerah Tampin, beliau di anugerahkan Q sebagai Penyelaras Pusat Maklumat Rakyat terbaik. En Nyam Kim Mok Anugerah Q Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan, En Izuddin Isnin anugerah Q Unit bergerak terbaik, En Razali bin Bakar anugerah Pekerja Sokongan terbaik dan Pejabat Penerangan Daerah Tampin di pilih sebagai Pejabat Penerangan terbaik dalam Negeri Sembilan bagi tahun 2008.

En Suria binti Karim dianugerahkan Q Juruacara harapan terbaik dari Ibu Pejabat Penerangan Malaysia Negeri Sembilan, En Fitri bin Jasni anugerah Q Penyelaras Media terbaik dari Pejabat Penerangan Malaysia Daerah Jelebu dan En Ismail Aman Anugerah Q Penyelaras Pelapor Isu Terbaik dari Pejabat Penerangan Malaysia Daerah Jempol.

Sesungguhnya anugerah Q akan berupaya memberikan sesuatu semangat inginkan lebih cemerlang dan terbaik dimasa akan datang juga sebagai satu contoh kepada rakan-rakan sekerja yang lain agar berusaha untuk mencapai satu tahap seperti mereka yang telah berjaya menerima anugerah Q.

Secara keseluruhan hari Q Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan berupaya mengeratkan lagi hubungan antara petugas dari Ibu Pejabat Penerangan Malaysia Seremban dengan mereka yang bertugas di Daerah di Negeri Sembilan. Hubungan baik dan mesra antara kakitangan amat baik, kerana ianya mampu menjayakan segala aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan kepada masyarakat di Negeri Sembilan.

safaruddin bin Ahmad - Recently Updated Pages

Powered By Blogger

Majlis Rasmi

Majlis Rasmi

SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA

sila respond dan bagi pandangan

Kenali Saya

Kenali Saya
Jom Kenal

Mengenai Saya

Foto saya
Kuala Lumpur, Malaysia
Saya berkerja di Jabatan Kerajaan. Emel saya bce492@hotmail.com

sapar's Site

Daftar Blog Saya