2009/05/13

NASIB ORANG PAK LAH



Nasib malang orang Abdullah

Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum Mohd Najib Razak mengambil alih jawatan presiden Umno daripada Abdullah Ahmad Badawi. Jika tiada aral yang melintang, beliau akan turut menggantikan Abdullah sebagai perdana menteri yang keenam. Pergolakkan politik dalam Umno berterusan dalam waktu-waktu yang kritikal ini, tambahan lagi apabila hampir kesemua jawatan tertinggi parti tersebut dipertandingkan. Kerusi presiden selamat untuk Najib oleh kerana pesaingnya Tengku Razaleigh Hamzah hanya mendapat pencalonan daripada Umno Gua Musang iaitu bahagian bekas presiden Parti Melayu Semangat 46 sendiri. Jawatan-jawatan lain seperti timbalan presiden, naib presiden, Majlis Tertinggi, ketua Pemuda, naib ketua Pemuda dan ketua Wanita semuanya menyaksikan pertandingan dan pertembungan yang hebat. Apabila berbicara mengenai pemilihan agung Umno, kita tidak dapat lari daripada topik rasuah.


Walaupun media arus perdana ingin melunakkan istilah rasuah dengan menggunakan istilah "politik wang", saya akan tetap menggunakan istilah rasuah supaya ia jelas dan tidak menggelirukan. Apabila ramai yang bertanding jawatan-jawatan tertinggi Umno, yang paling untung ialah para perwakilan - kerana mereka akan mendapat rasuah daripada banyak sumber.


Jika sepuluh orang bertanding jawatan naib presiden, ertinya para perwakilan ini akan mendapat wang atau habuan daripada semuanya atau sebahagian sumber-sumber itu. Begitu jugalah untuk jawatan-jawatan lain. Jika hendak dihapuskan amalan rasuah dalam Umno dan ingin mengambil tindakan kepada pelaku-pelakunya, pastilah parti Melayu itu akan lenyap dan hilang daripada Malaysia kerana tiada kepimpinan.Perkara ini menjadi rahsia umum - walaupun tiada pendedahan lembaga disiplin atau siasatan badan pencegah rasuah SPRM - dan bukanlah satu perkara yang baru. Sebab itu ramai yang ingin termuntah dan meluat apabila bekas


perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ingin bercakap mengenai rasuah didalam Umno kerana umum mengetahui bahawa aktiviti-aktiviti rasuah dalam Umno ini turut hebat berlaku ketika beliau menjadi presiden dulu. Belum pemilihan agung Umno bermula, kita dapat saksikan satu persatu orang-orang kuat Abdullah dibersihkan daripada Umno. Semuanya dikaitkan dengan dakwaan rasuah oleh lembaga disiplin. Orang Abdullah yang pertama dipancung, ahli MT merangkap ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Norza Zakaria. Beliau bekas setiausaha kepada


Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop dan sekutu rapat menantu perdana menteri, Khairy Jamaluddin.Beliau didakwa secara rasuah telah memberikan kepada Khadri Musa melalui Halimi Kamaruzzan suatu suapan iaitu wang tunai RM1,500 sebagai dorongan untuk diagihkan kepada anggota-anggota perwakilan yang boleh membantu mengundi beliau untuk memenangi jawatan sebagai ahli MT Umno pada pemilihan Umno hujung bulan ini. Di tempat yang sama dan pada tarikh dan waktu yang sama, Norza didakwa secara rasuah memberikan kepada Mohammad Anuar Yunus, juga melalui Halimi Kamaruzzaman, suatu suapan iaitu wang tunai RM1,900 sebagai dorongan untuk diagihkan kepada anggota-anggota perwakilan yang boleh membantu mengundi beliau untuk memenangi jawatan anggota MT Umno pada pemilihan Umno itu nanti. Norza mengaku tidak bersalah dan diminta dibicarakan atas dua pertuduhan tersebut. Beliau didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu bawah Seksyen 16(b)(A) Akta


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum bawah Seksyen 24 akta yang sama. Umno telah menggantung Norza daripada mempertahankan jawatannya itu. Selepas Norza, seorang lagi orang kuat perdana menteri, Menteri Pelancongan Azalina Othman Said turut menerima nasib yang sama.Ia bermula apabila setiausaha politiknya ditahan oleh SPRM didapati membawa bersama wang tunai RM75,000 dalam keretanya. Selepas seminggu setiausaha politik Azalina ditahan, SPRM "menyerbu" pejabat menteri pelancongan itu.Tiga pegawai SPRM menghabiskan hampir tiga jam untuk mendapatkan bukti susulan, dipercayai berhubung amalan rasuah menjelang pemilihan Umno hujung bulan ini.Menurut sumber, pegawai-pegawai SPRM keluar dari pejabat menteri berkenaan dengan membawa beberapa dokumen.Dua fail berkaitan dengan perwakilan Umno Wilayah Persekutuan dipercayai dibawa keluar ekoran kunjungan tersebut.Malah SPRM juga menemubual dua pegawai kanan di pejabat Azalina di Menawa Dato Onn, Kuala Lumpur. Malahan, SPRM turut berkunjung ke rumah menteri itu pada hujung minggu yang lalu. Walaupun masih dibenarkan untuk bertanding jawatan MT, apa yang telah berlaku menunjukkan dengan jelas bahawa Azalina tidak mempunyai kelebihan untuk memenangi jawatan tersebut.Selepas SPRM, lembaga disiplin pula bertindak terhadap orang-orang


Abdullah. Calon timbalan presiden dan ketua menteri Melaka, Mohd Ali Rustam telah dilucutkan kelayakan bertanding oleh kerana dikatakan terlibat dengan rasuah sekali gus melanggar peraturan pemilihan Umno.Mohd Ali Rustam didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga. Beliau merupakan seorang calon timbalan presiden yang paling popular. Menurut tinjauan pendapat yang dilakukan oleh akhbar New Straits Times pada 10 Mac lalu, Mohd Ali mendapat sokongan 54 peratus perwakilan Umno berbanding Muhyiddin Yassin yang hanya mendapat sokongan daripada 35 peratus. Mohd Ali adalah calon yang direstui oleh Abdullah dan mendapat sokongan kuat daripada orang-orang perdana menteri yang menganggap bahawa Muhyiddin pendorong utama pelan peralihan kuasa Abdullah-Najib yang dipercepatkan daripada pertenganan tahun 2010 kepada akhir Mac ini.Khairy yang bertanding jawatan ketua Pemuda turut didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno - tetapi beliau bernasib baik kerana hanya diberikan amaran dan masih dibenarkan bertanding.Tidak salah untuk SPRM dan lembaga disiplin Umno untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan rasuah. Persoalannya sekarang, mengapakah pendakwaan dilakukan secara milih-milih?


Mengapakah hanya orang-orang Abdullah yang menjadi mangsa kepada SPRM dan lembaga disiplin? Seperti apa yang dipersoalkan oleh penulis blog Penarik Beca, "apakah orang-orang Najib dan Muhyiddin bersih kesemuanya?"Sebaik sahaja lembaga disiplin memutuskan bahawa Mohd Ali dilarang bertanding, penyokong-penyokongnya berkumpul di TUDM Subang untuk menyambut kepulangan Abdullah dari Indonesia.Lebih kurang 200 orang berhimpun di lapangan terbang tersebut untuk mengharapkan perdana menteri melakukan sesuatu bagi memastikan Mohd Ali dapat kembali bertanding. Ketua Bahagian Batu Gajah, Mohd Yusoff Kassim berkata mereka sempat menemui Abdullah dan menyampaikan harapan supaya presiden parti itu mengkaji semula keputusan yang dibuat.Menjelang beberapa hari sebelum Najib menjadi presiden rasmi Umno, bukan sahaja rakyat Malaysia yang bakal menjadi mangsa, orang-orang Umno turut menjadi mangsa terutamanya bagi penyokong-penyokong Abdullah yang masih mengaharapkan ahli parlimen Kepala Batas melakukan sesuatu untuk


menyelamatkan Malaysia dari jatuh ketangan Najib yang dilihat akan mengembalikan Malaysia ke pemerintahan diktator ala Mahathir. Akan tetapi daripada apa yang telah berlaku, harapan tersebut mungkin hanya tinggal harapan. Jika menjelang pemilihan Umno satu persatu orang Abdullah dibersihkan, tidak mustahil kesemua orang Abdullah akan turut dibersihkan daripada kabinet baru Najib nanti. Malang sungguh nasib Abdullah. Legasinya yang belum sempat kukuh dihancurkan satu persatu di hadapan matanya sebelum sempat beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Tidak ada komentar:

safaruddin bin Ahmad - Recently Updated Pages

Powered By Blogger

Majlis Rasmi

Majlis Rasmi

SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA

sila respond dan bagi pandangan

Kenali Saya

Kenali Saya
Jom Kenal

Mengenai Saya

Foto saya
Kuala Lumpur, Malaysia
Saya berkerja di Jabatan Kerajaan. Emel saya bce492@hotmail.com

sapar's Site

Daftar Blog Saya