
Tampin - 17.03.2008
En Lim Guan Eng telah dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang setelah berjaya menawan Pulau Mutiara dari kekuasaan Parti Gerakan di bawak kepimpinan Datuk Kho So Kon. Setelah mengangkat sumpah sebagai CM Pulau Pinang, beliau telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa DEB perlu di mansuhkan atau di nilai semula, kerana menurut beliau DEB di Pulau Mutiara tidak mendatangkan kebaikkan kepada masyarakat kerana melahirkan amalan rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai masalah dalam perlaksanakannya.
Lantas orang melayu di Pulau Mutiara telah berarak ke jalan raya membantah hasrat CM Pulau Mutiara untuk menghapuskan DEB, kenyataan CM Pulau Mutiara semacam menafikan hak melayu yang perlu dibela oleh pihak yang menjadi kerajaan di Pulau Mutiara. Hasrat rakyat Pulau Mutiara agar DEB diteruskan dan sebagai tempat orang melayu bergantung dan mendapat pembelaan oleh pihak yang memerintah di Pulau Mutiara.
Kemungkinan terdapat sebahagian dari mereka yang akan gagal mendapatkan projek atau keutamaan dalam tender kerajaan yang akan datang, lantas bertindak membantah hasrat CM Pulau Mutiara berkenaan. Sebelum ini mereka mudah mendapat tender atau projek dari kerajaan atas dasar DEB juga orang kuat parti yang memerintah Pulau Mutiara.