2008/03/24

Masa untuk Bersatu Demi Orang Melayu


Tampin 25.3.2008
Orang Melayu di Malaysia yang berlainan fahaman politik sewajarnya membuat perubahan pemikiran demi menjamin keutuhan orang melayu di Malaysia. Selepas pilihanraya ke 12 (2008) parti yang diwakili kaum bukan melayu khasnya kaum cina telah berjaya memenangi banyak kawasan yang sebelum ini diwakili oleh Parti Kerajaan. Kaedaan sedemikian telah membawa pelbagai perubahan yang ingin diubah oleh pihak pembangkang yang memenangi 5 Negeri dalam pilihanraya ke 12 ( 2008 ) sehingga DEB yang berperanan membantu kaum Bumiputera khasnya melayu yang ketinggalan dalam pelbagai bidang dibumi Malaysia juga ingin diubah atau dihapuskan kerana mereka berpandangan ianya lebih melahirkan golongan kroni, gejala rasuah dan salah laku.
Kaum melayu perlu bersatu membentuk satu pakatan yang terbaik, demi menjaga masa depan anak cucu kita dibumi Malaysia, kerana dalam era kemodenan sekarang pelbagai ancaman dan tekanan pasti akan terjadi kepada kaum melayu dari pelbagai sudut hanya dengan bersatu sahaja kaum melayu mampu mengatasi permasalah yang dilemparkan kepada kaum melayu kelak. Kesusahan dan sangsara yang berpanjangan bakal menimpa kaum melayu andainya kaum melayu masih bermusuhan sesama sendiri, satu pihak kata pihak lain tak betul dan sebagainya yang suka dan gembira adalah pihak lain. Orang melayu dalam BN dan orang melayu dalam PAS wajar bersatu hati membela kaum melayu bukan saling salah menyalahkan semasa sendiri.
Gabungan BN dan PAS adalah jalan terbaik dalam menyelesaikan permasalahan yang menimpa kaum melayu di Malaysia, buangkan rasa sakit hati, iri hati dan yang penting perjuangan membela kaum melayu agar lebih berjaya dan dipandang tinggi dibumi Malaysia. PM Pak Lah dan Nik Aziz wajar merintis jalan membina satu gabungan parti PAS dan BN yang kuat untuk kepentingan kaum melayu lebih terjamin di Malaysia.

Tidak ada komentar:

safaruddin bin Ahmad - Recently Updated Pages

Powered By Blogger

Majlis Rasmi

Majlis Rasmi

SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA

sila respond dan bagi pandangan

Kenali Saya

Kenali Saya
Jom Kenal

Mengenai Saya

Foto saya
Kuala Lumpur, Malaysia
Saya berkerja di Jabatan Kerajaan. Emel saya bce492@hotmail.com

sapar's Site

Daftar Blog Saya