2008/08/26

PKR menang 15,671 di Permatang Pauh


Bukit Mertajam - 26 Ogos 2008
Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya kembali kegelanggang Politik dan berjaya menawan hati para pengundi pada pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh pada 26.8.2008 dengan majoriti 15,671 undi sekali gus merubah majoriti yang di perolehi oleh Wan Azizah isteri beliau pada PRU 12 lalu.
Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan menyerahkan kepada Anuar Ibrahim suami beliau untuk bertanding, pada mulanya mendapat reaksi pelbagai dari ahli politik yang ada mengatakan tempat bakalnya berkubur kerjaya politik Anwar Ibrahim, sayang isteri kepada suami, menyusahkan orang Permatang Pauh dan pelbagai lagi anggapan oleh lapisan masyarakat di Malaysia.
Tuduhan yang di buat terhadap Anwar Ibrahim melibatkan kes liwat, rasuah dan sebagainya pada satu ketika dilihat boleh menyebabkan Anwar Ibrahim sukar untuk memenagi kerusi Permatang Pauh ini. Masyarakat kemungkinan dah rasa bosan dengan tuduhan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim yang mana dalam masa kempen di Permatang Pauh banyak pengakuan dan cerita-cerita mengenai keburukkan Anwar telah di jaja oleh pihak yang melawan beliau sehingga rakan baik beliau juga telah menuduh beliau terlibat dalam rasuah sejumlah RM 60 juta dan pelbagai bukti akan salah laku Anwar Ibrahim di masa lalu.
Pengakuan di Liwat oleh Anwar oleh Siful pekerja beliau yang bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan juga telah mendatangkan persoalan yang memeningkan pengundi Permatang Pauh, kerana ada penyataan bahawa pengakuan sumpah berkenaan tidak mengikut lunas-lunas yang betul dalam pengakuan sumpah secara islam.
Masyarakat Permatang Pauh telah mengambil ketetapan untuk memilih Anwar Ibrahim sebagai wakil mereka di Parlimen dengan jumlah undi 31,195 dibandingkan Datuk Arif Shah Omar Shah sekadar 15,524 undi sahaja.

Tidak ada komentar:

safaruddin bin Ahmad - Recently Updated Pages

Powered By Blogger

Majlis Rasmi

Majlis Rasmi

SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA

sila respond dan bagi pandangan

Kenali Saya

Kenali Saya
Jom Kenal

Mengenai Saya

Foto saya
Kuala Lumpur, Malaysia
Saya berkerja di Jabatan Kerajaan. Emel saya bce492@hotmail.com

sapar's Site

Daftar Blog Saya