
Rembau - 04.03.2008
Sakit Belakang
- Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.
- Melompat dari tempat yang tinggi.
- Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
- Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.
Masalah dan gejala
- Sakit bahagian belakang pinggang
- Sengal dan kebas punggung dan kaki
- Lemah kaki
- Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki
- Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ketangan dan kebas kali.
Cara mengurangkan sakit belakang
- Berehat. Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah lutut.
- Mandi air suam. Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang. Sebaiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.
- Menggunakan tilam yang sesuai. Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.
- Ambil ubat penahan sakit. Ubat penahan sakit boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.
- Relaks. Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.
- Gunakan kusyen. Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.
- Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakkan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat meringankan masalah.
- Mengangkat barang dengan cara yang betul. Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.
- Kawal berat badan. Pastikan berat badan seimbang.
Sekian
Tidak ada komentar:
Posting Komentar