2008/03/06

Bahaya diabetes










Tampin - 7.3.08


Pemotongan kali adalah kejadian yang banyak memberikan penderitaan kepada pengidap diabetes. Kehilangan kaki bukan saja mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan menyara hidup, malah mereka juga dibebankan dengan kos perubatan yang besar sepanjang hayat.


Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, pengidap diabetes berisiko tinggi untuk mengalami pemotongan kaki, iaitu 27.7 kali ganda lebih tinggi. Setiap tahun dianggarkan 54,000 orang kehilangan kaki atau anggota bawah badan akibat diabetes.


Kebanyakan amputasi bermula denga ulser kaki. Ini bermakna sekiranya ulser kaki yang kecil dibirakan tanpa rawatan, ia akan mendedahkan kepada jangkitan dan mungkin menjurus kepada kehilangan anggota kaki, manakala ulser kaki pula berlaku akibat kerosakan saraf, juga dikenali sebagai diabetes neuropati.


Kerosakan saraf yang serius menyebabkan kehilangan deria rasa pada kaki. Sekirnya keadaan ini berlaku, pesakit mungkin tidak menyedarimalah tidak merasai kesakitan sekiranya ada batu kecil dalam kasutnya yang dipakai mahupun luka atau kudis pada kaki. Diabetes neuropati boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang kompleks, namun peningkatan paras gula dalam darah yang tidak dikawal dalam jangka panjang memberi sumbangan yang besar kepada kerosakan saraf.

Pengidap diabetes biasanya mempunyai paras radikal bebas yang tinggi dalam badan. Penghasilan radikal bebas yang tinggi mungkin disebabkan oleh metabolisme badan yang terganggu. Radikal bebaslah yang mendatangkan komplikasi diabetes termasuk kerosakan saraf yang bertanggungjawab dalam penghantaran mesej daripada kaki keotak untuk pentafsiran.


Terjejas kesihatan tisu saraf akan memberi kesan kepada proses penghantaran isyarat, yang mana kaki akan kehilangan deria rasa, lalu menimbulkan tanda rasa mencucuk-cucuk, kebas, pedih dan panas. Kebanyakan amputasi kaki dapat dielakkan dengan kawalan gula darah serta pemantauan yang baik.


Jasalah kebersihan kaki dan dapatkan rawatan untuk sebarang luka, kudis atau lecur pada kaki dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini. Asia Alfa Lipoik ( ALA ) sudah diluluskan di Jerman sebagai rawatan diabetes neuropati selama 30 tahun. ALA terkenal dengan nama antioksida sejagat kerana sifat uniknya sebagai antioksida yang boleh bertindak dengan meneutralkan radikal bebas dalam kedua-dua persekitaran sel yang berair dan berlemak.


Dengan sifat ini, ALA dapat menembusi sel saraf lalu melindunginya dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Maka, ALA mengurangkan kecederaan saraf dan memperbaiki keupayaan saraf dalam penghantaran isyarat. Kajian menunjukkn pengambilan 600mg asid alfa lipoik sehari dapat mengurangkan gejala masalah kerosakan saraf seperti kaki kebas.


Penghidap diabetes memerlukan dos antioksida yang tinggi untuk meneutralkan paras radikal bebas yang berlebihan dalam badan. ALA juga dikenali antioksida universal kerana keupayaannya menjana nutrien antioksida lain seperti Vitamin C dan E. Kajian juga menunjukkan ALA meningkatkan paras enzim antioksida glutation dan koenzim Q10 dalam tubuh.


Asid alfa lipoik juga memainkan peranan penting dalam proses penghasilan tenaga. Selain itu, pankreas memerlukan tenaga yang secukupnya untuk menghasilan insulin. Dengan itu, pengambilan ALA mungkin memberikan kesan positif ke arah menampung keperluan tenaga bagi pankreas dan seterunya pengawalaturan gula darah mungkin juga berkesan.


Bukan itu saja, ALA juga menurukan paras gula darah secara langsung dengan menggalakan pengambilan glukosa oleh sel badan daripada aliran darah dengan meerangsangkan aktiviti insulin. Dengan kata lain, ALA mengurangkan kerintangan insulin dan memperbaiki proses pengawalaturan gula darah. Pebgidap diabetes seharusnya mengatasi masalah ini dengan sewajarnya sebelum terlambat. Gegala yang timbul seharusnya dianggap sebagai amaran yang memberitahu kita mengenai tahap atau betapa seriusnya penyakit yang kita alami.


Tambahkan diet seharian anda dengan ALA yang penting ini agar kesihatan saraf dapat dikekalkan dan mungkin juga dapat menyelamatkan kaki dan kualiti hidup anda.



Amalkan gaya hidup sihat, jaga makan dan kesihatan anda.








Pemakanan yang sihat:





  1. Makan ikan sebagai sumber proten


  2. Buah- buahan


  3. Bijiran seperti oats


  4. Jangan meminum yang berasid


  5. Tidur yang cukup


  6. Kurangkan pemgambilan makan yang berlemak


  7. Makan makanan yang rendah kandungan lemak


  8. Periksa kesihatan 6 bukan sekali


  9. Makan sayur-sayuran


  10. Elakan terdedah dengan pencemaran alam sekitar dan toksid


  11. Bersihkan diri selepas terdedah di luar dalam jangka masa yang panjang

Dengan amalan dan pemakanan yang sihat seperti di atas, pasti kesihatan kita akan bertambah baik sekiranya kita ada menghidap penyakit yang melibatkan diabetes, lemah jantung, darah tinggi yang menjadi penyakit yang kerap menyerang rakyat di Malaysia pada ketika ini.






Kurang bersenam juga mengundang masalah kesihatan yang serius, kerana lemak dalam badan kita tidak dibakar dan akan bertambah sekiranya kita selalu mengambil makan berlemak dalam setiap hidangan kita sepanjang hari.







RAKYAT SIHAT NEGARA MAJU.



Mengapa kita mesti bersenam:




Untuk kesihatan tulang, tisu juga saraf dalam badan kita
Untuk Membakar lemak yang tedapat dalam badan kita
Untuk kembali cergas dan bertenaga untuk badan

Merawat sakit tulang dan saraf kita
Kekuatan tulang badan kita, khasnya di bahagian kaki

Menhindarkan kita dari serangan jantung dan darah tinggi
Menambah tenaga lahir dan batin kita




Senaman yang sesuai

Jogging
Berjalan laju atau pantas
Berbasikal

Berenang baik untuk orang yang mengidap ada sakit tulang belakang
Aerobik untuk saraf dan tulang
Badminton untuk kekuatan tangan

Bola Sepak untuk kekuatan kaki dan larian kita







































Tidak ada komentar:

safaruddin bin Ahmad - Recently Updated Pages

Powered By Blogger

Majlis Rasmi

Majlis Rasmi

SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA

sila respond dan bagi pandangan

Kenali Saya

Kenali Saya
Jom Kenal

Mengenai Saya

Foto saya
Kuala Lumpur, Malaysia
Saya berkerja di Jabatan Kerajaan. Emel saya bce492@hotmail.com

sapar's Site

Daftar Blog Saya