2008/03/02

Tindakan Kurang Wajar


Rembau - 3.03.08
Amalan menulis dan mengantong kata-kata yang bermaksud untuk memalukan atau menimbulkan rasa kurang senang orang ramai terhadap calon yang bertanding perlu dihentikan segera.
Calon Parlimen Rembau Saudara Khairy telah dikaitkan dengan pelakon Maya Karin demi untuk menimbulkan rasa kurang yakin masyarakat di Rembau terhadap keperibadian diri beliau yang dinyatakan dalam ayat berbunyi " ABANG KHAIRY MEMANG HEBAT SUPER POWER ". Adakah kata-kata berikut merujuk kehebatan Saudara Khairy dalam dunia perniagaan, NGO atau Politik. Kemungkinan ada erti kata selain dari itu, hanyalah pihak yang menulis kata-kata berkenaan sahaja yang faham dan mengerti maksudnya.
Tingkah laku lontar batu sembunyi tangan adalah amalan yang tidak bertanggungjawap dalam masyarakat kita yang perlu dikikiskan dari menjadi amalan seharian. Kita mesti berani berterus terang dan bertemu muka dalam mengatakan hal sebenar, agar boleh diberikan jawapan akan persoalan yang dilontarkan kepada pihak yang terlibat atau yang dituduh.
Sekian.

Calon Pilihanraya Umum ke 12


Tampin - 3.3.08
Pilihanraya Umum ke 12 mengutarakan pelbagai perwatakkan calon yang disenaraikan untuk bertanding dalam kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Pencalonan dari pelbagai latarbelakang pekerjaan terdapat dalam senarai mereka yang tersenarai untuk menjadi calon, tidak terlepas juga mereka yang baru satu penggal menjadi YB telah di tolak keluar oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri kerana tidak berjaya menunjukkan mutu perkhidmatan yang terbaik pada masyarakat " TIDAK BERDAYA MEMIMPIN " lantas terpaksa di tolak atau dipancung dan digantikan dengan muka baru, yang diharapkan mampu membawa perubahan pada kawasan yang mereka wakili kelak.
Memperkenalkan muka baru yang telah berusia dan kelihatan tidak mampu memimpin wajar sama sekali dielakan. Memperkenalkan muka baru untuk bertanding semestinya seseorang itu lebih daya kepimpinan, berkrisma, bertenaga, berdaya saing, mesra rakyat, tidak menunjuk-nunjuk, penyabar, berilmu dan beriman ( mereka yang beragama islam).
Sekiranya tersalah mencalonkan dan beliau menang pilihanraya, akan berlaku di mana amalan "DAH MENANG DIAM DIAM LAH". Masyarakat akan mula terasa pemilihan mereka adalah salah dan perlu perubahan, hal sedemikian akan menjadikan masyarakat kita kurang bedaya saing dan maju kehadapan disebabkan tiada pembangunan dan kemajuan ditempat berkenaan.
Berikan laluan golongan muda yang mempunyai daya kepimpinan dan semangat untuk membawa pembangunan dan perubahan, mereka masih bertenaga dan mampu menarik limpahan pembangunan kemungkinan latarbelakang mereka sebelum menjadi calon adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya, pernah menuntut di luar negara malah mungkin ada perniagaan besar sendiri yang mampu dilaburkan dikawsan yang beliau wakili dan memberikan peluang perniagaan kepada masyarakat ditempat yang beliau wakili kelak.
Sekian.

Pengalaman Saya


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat khidmat saya boleh hubungi saya bce492@hotmail.com

Saya berpengalaman sebagai Pengarah Drama dan membuat rancangan untuk TV selama 12 tahun. Boleh berlakon drama atau filem, sanggup membantu kepada sesiapa yang ingin bantuan saya dalam kepakaran dan pengalaman saya.

sekian.

kenapa perlu takut kepada Anuar Ibrahim

Rembau - 3.3.2008

Anuar Ibrahim adalah satu nama besar di Malaysia pada satu masa dulu. Anuar Ibrahim yang mempunyai pelbagai sejarah di Malaysia sebelum menjadi Timbalan Perdana Menteri dan setelah menjadi Timbalan Perdana Menteri. Sejarah pertuduhan salah laku sex dan rasuah telah menyebabkan jawatan Timbalan Perdana Menteri di lucutkan terhadap beliau.

Dalam kepanasan pilihanraya ke 12, ada ura-ura isteri beliau akan memberikan beliau laluan untuk bertanding dalam Parlimen Permatang Pauh sekiranya Wan Azizah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihanraya ke 12 ini dengan mengkosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk laluan Pilihanraya kecil dijalankan. Pencabar Wan Azizah di Permatang Pauh telah bersuara mengatakan tindakan Wan Azizah menggambarkan beliau bukan berniat untuk membela nasib rakyat di Parlimen Permatang Pauh dan hanya sekadar mempermain-mainkan harapan rakyat terhadap beliau sekiranya beliau memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh nanti.

Tindakan Wan Azizah dikira tidak menjadi kesalahan dalam sistem perundangan di Malaysia, kerana sekiranya apa yang beliau katakan benar berlaku, ianya membuktikan bahawa Wan Azizah mempunyai satu maktlamat yang tulus iaitu memberikan laluan khas pada Anuar Ibrahim untuk kembali dalam kancah politik di Malaysia.

Come back Anuar Ibrahim yang masih mempunyai ramai penyokong setia, berupaya menimbulkan satu keadaan dan tekanan pada parti kerajaan yang sentiasa dihentam, dikritik dan dilemparkan dengan tuduhan tidak mampu mentadbir negara, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Parti kerajaan wajar berupaya membersihkan salah anggap terhadapnya, dalam pilihanraya kecil di Parlimen Permatang Pauh sekiranya kata-kata Wan Azizah menjadi kebenaran pada pilihanraya ke 12 pada 8.3.2008.

sekian.

Obama dalam ancaman

Tampin - 2.3.08

Calon Presiden Amerika Syarikat dari Parti Demokrat, Barack Hussein Obama di lihat dalam keadaan membimbangkan tentang keselamatannya, walaupun beliau sangat menggembirakan kalangan masyarakat kulit hitam di Amerika Syarikat.

Obama dalam siri ucapan mengatakan mahu menjalinkan hubungan dan melawat negara-negara yang menjadi musuh AS seperti Cuba, Iraq dan Iran. Cuba adalah negara musuh AS sejak sekian lama sekiranya Obama berjaya menjadi Presiden dan membuat lawatan ke negara berkenaan. Maruah AS pasti tercalar dan kemungkinan ada sesetangah pihak yang kurang senang dengan keadaan ini akan bertindak yang boleh mengancam keselamatan Obama.

Kempen Pilihanraya yang disukai Masyarakat


Tampin - 02.03.2008
Kempen Pilihanraya ke 12 pada kali ini telah diwarnai oleh pelbagai corak dan pendekatan tersendiri dari parti yang bertanding, tujuan hanya satu untuk memancing undi untuk memilih mereka yang terbaik untuk membela nasib rakyat di kawasan berkenaan.
Komboi berkereta mewah, bermotosikal telah semacam menjadi budaya dan kegemaran parti kerajaan dalam kempen mereka, budaya menunjuk-nunjuk kemewahan adalah amalan yang kurang elok dalam masyarakat melayu di Negara kita, kerana ianya boleh disalah ertikan oleh sebilangan masyarakat sebagai "BERLAGAK" hanya sementara sahaja, selepas menang terus hilang tidak timbul timbul mereka-mereka yang semasa kempen berjanji akan membantu dalam apa juga bentuk masalah yang masyarakat hadapi. Calon yang bertanding harus memahami tujuan mereka bertanding bukan untuk menunjuk-nunjuk kemewahan di mata masyarakat yang bakal mereka wakili tetapi khidmat yang boleh beliau berikan pada masyarakat setelah berjaya memenangi kawasan berkenaan dalam pilihanraya.
Masyarakat desa atau kampong rasa kurang senang dengan komboi berkereta mewah dan bermotosikal kerana masyarakat desa atau kampong bukan orang kaya yang setaraf dengan calon yang bertanding dalam pilihanraya, sewajarnya calon yang bertanding mengamalkan cara seperti gambar diatas kerana ianya lebih mesra dan dekat dengan masyarakat.
Sekian.
Ssutir

Budaya membawa artis dalam kempen tidak sesuai

Tampin - 01.03.2008

Pilihanraya Umum ke 12 ( 2008 ) diwarnai oleh pelbagai ragam dan watak para penyokong parti yang bertanding. Kata mengata, hina mengina, tidak tegur menegur walaupun seagama dan sebangsa telah merosakkan amalan kemesraan dan hormat menghormati di Negara kita yang tercinta. Adakah sikap dan amalan sebegini bakal kita terjemahkan dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama yang telah sekian lama kita hidup harmoni dan rasa toleransi sesama kaum di Malaysia.

Budaya membawa artis dalam kancah kempen politik amatlah tidak wajar sama sekali, kerana artis milik semua orang, sama ada dia penyokong parti kerajaan atau menetang parti kerajaan. Artis harus sedar bahawa mereka berjaya menjadi terkenal dan kekal dalam dunia seni atas sokongan masyarakat yang berbilang bangsa, agama, budaya dan pegangan parti. Jika artis berkempen hanya untuk parti kerajaan ianya adalah sesuatu yang amat mengcewakan peminat mereka yang berlainan parti, ianya akan menimbulkan kebencian peminat terhadap artis berkenaan.

Para calon parti yang akan bertanding dalam pilihanraya ke 12 2008, perlu sekadar budaya melibatkan artis dalam kempen mereka adalah sesuatu yang harus di endarkan, demi menjaga nama baik artis itu sendiri di masa akan datang, jangan nanti artis berkenaan akan di cop sebagai artis parti kerajaan dan parti lain tidak berhak meminati artis berkenaan.

Artis juga perlu sedar kehadiran mereka dalam bidang seni atas sokongan masyarakat yang berbilang pegangan parti dan bukan hanya menyokong parti kerajaan sahaja.

Terima Kasih.

ssutir
Tampin

safaruddin bin Ahmad - Recently Updated Pages

Powered By Blogger

Majlis Rasmi

Majlis Rasmi

SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA

sila respond dan bagi pandangan

Kenali Saya

Kenali Saya
Jom Kenal

Mengenai Saya

Foto saya
Kuala Lumpur, Malaysia
Saya berkerja di Jabatan Kerajaan. Emel saya bce492@hotmail.com

sapar's Site

Daftar Blog Saya