2009/05/03

PERLU TINDAKAN SEGERA SWM



Sinar Harian 13 Okt 2008REMBAU – Terabai, itu gambaran yang dapat dilihat di tapak permainan kanak-kanak di kawasan perumahan Taman Seri Rembau yang semakin terbiar dan rosak.Prasarana disediakan berupa dua buah buaian, jongkang jongket dan gelongsor dikatakan tidak dapat menampung kapasiti sementelah taman perumahan didiami lebih 300 keluarga.Kekurangan itu, ditambah pula dengan beberapa permainan rosak dan tidak boleh digunakan lagi yang dilihat boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, terdapat empat buaian dan hanya sebuah dapat digunakan sementara yang lain rosak.Sapar Sutir, 42, yang hampir lapan tahun menduduki kawasan perumahan ini berasa sedih melihat taman permainan yang semakin uzur dan hanya mencacatkan pemandangan sekitar.Katanya, setiap petang, taman yang hanya menyediakan permainan terhad menjadi rebutan kanak-kanak dan ada kalanya mencetuskan pergaduhan kecil.Menurutnya, perkara ini pernah diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab, namun dipandang sepi sehingga kini tanpa apa-apa tindakan diambil sama ada membaik pulih semula atau menambah prasarana sedia ada.Jelasnya, padang permainan ini juga gagal diselenggarakan dengan baik di mana sampah sarap tidak dikutip dan dibiarkan sahaja sehingga mencacatkan pemandangan.Tambahnya, padang permainan ditumbuhi lalang ini hanya dimesin sebulan sekali bergantung kepada kepanjangan rumput.Struktur padang yang tidak rata dan berlubang menyebabkan ramai kanak-kanak tidak lagi bermain bola seperti kebiasaan.Katanya lagi, selain itu, taman permainan ini juga tidak menitikberatkan ciri-ciri yang menjamin keselamatan.“Seharusnya disediakan lapisan getah dan sebagainya bagi menggelakkan kanak-kanak terjatuh dan mengalami kecederaan lebih serius.“Sewajarnya masalah ini diberi perhatian lanjut oleh pihak bertanggungjawab dengan kadar segera agar kanak-kanak di sini dapat beriadah dengan sempurna,” katan

2009/04/29

TAMPIN INDAH BERSIH


Megalith produk pelancongan Tampin

TAMPIN – Sama seperti di daerah lain di negeri ini, Tampin juga kaya dengan lokasi atau tempat bersejarah yang boleh dilawati untuk dijadikan tarikan pelancongan. Antara lokasi yang boleh orang ramai dan pelancong hadir ke daerah ini adalah Megalith Datuk Nisan Tinggi yang merupakan salah satu kawasan Megalith yang tertinggi terletak di kawasan Kampung Repah berdekatan jalan utama dari Pekan Tampin ke Gemas. Sapar Sutir, Penyelaras Media berkata, Megalith yang banyak terdapat di kawasan perkuburan Islam itu dikenali sebagai Nisan Tinggi atas sebab faktor ketinggian batu berkenaan. Menurutnya, Megalith itu juga dikenali sebagai ‘batu hidup’ dan kubur kepada nenek moyang penduduk tempatan serta dipercayai bercahaya apabila terkena suluhan pada waktu malam. “Sekiranya kita belajar sejarah dahulu kala, nenek moyang kita pada masa lampau tidak mempunyai tempat strategik untuk mengebumikan ahli keluarga yang meninggal dunia. Keadaan itu menampakkan berlakunya pengebumian secara tidak sistematik satu masa dahulu dan perkara itu terjadi di Kampung Repah ini. “Selain itu, mereka juga tidak mempunyai pakar dalam membuat nisan sama seperti penduduk generasi masa kini. Itu adalah salah satu faktor masyarakat nenek moyang di sini menggunakan batu Megalith ini sebagai nisan mereka,” kata Ahmad. Sapar berkata, Megalith itu wajar mendapat perhatian orang ramai khususnya pelancong yang hadir ke Kampung Repah. Katanya, Megalith yang berusia berpuluh tahun lalu itu dipercayai mampu membesar secara perlahan dan pada hari ini, ia mencapai ketinggian yang hampir 3 meter.

PIRING TERBANG DI JOHOR


Piring terbang waktu malam

Terdapat lebih 140 kes UFO ‘singgah’ di Malaysia dicatatkan dalam tempoh 30 tahun lalu. Bagi peminat ‘piring terbang’, UFO bukan lagi khayalan.
ZAID ZAIN, 43, sedang minum di sebuah restoran di Larkin Perdana, Johor Bahru, pada 17 Mac lalu apabila anaknya yang berusia 10 tahun, Mohd. Nauman menelefon untuk memberitahu dia ternampak sebuah objek pelik berlegar-legar di ruang angkasa.
Sebagai seorang yang obses dengan fenomena objek terbang tidak dikenali (UFO), Zaid bergegas pulang. Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 8.30 malam manakala dada langit kelihatan cerah.
"Objek itu mempunyai dua warna iaitu putih dan hijau. Jika dilihat dari rumah saya, ia seperti betul-betul berada di ruang udara Stadium Larkin," katanya.

KAWAH berbentuk 'Y' yang dipenuhi air di kawasan lapang berpaya dan didakwa kesan objek asing turun telah ditemui di Kampung Gobek, Tanah Merah, Kelantan pada Mac 2000.
Selepas kejadian itu, boleh dikatakan setiap hari Zaid akan mendongak ke langit, namun 'UFO' itu hanya boleh dilihat sebanyak dua kali dalam seminggu.
"Saya terfikir juga ia mungkin pesawat canggih negara jiran, tapi tidak mungkin kerana bentuk dan objek terbang yang saya lihat itu terlalu tinggi di udara," katanya.
OBJEK terbang mengeluarkan cahaya terang ialah bentuk UFO paling kerap disaksikan di negara ini.

Adik Zaid, Mohd. Zamri, 30, sempat merakam pergerakan UFO tersebut dan menganalisis imej tersebut menggunakan komputer.
"Antara yang saya teliti adalah pergerakan, warna dan bentuknya," katanya.
Mohd. Zamri percaya objek itu bukan layang-layang bercahaya. "Tidak mungkin layang-layang boleh terbang setinggi itu di angkasa dan bertahan sehingga lebih satu jam sebelum hilang di celah awan," jelasnya.

Sekalipun UFO dianggap cerita dongeng oleh kebanyakan orang, masih ada rakyat Malaysia yang mempercayainya malah mendakwa pernah melihatnya.
Menurut laporan, terdapat lebih 140 kes kemunculan UFO di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 30 tahun lalu iaitu dari tahun 1981 hingga 2008.

Tanjung Sepat di Selangor dan Sungai Petani, Kedah ialah lokasi paling kerap objek itu didakwa muncul iaitu masing-masing sebanyak 10 dan lapan kali kali.
Satu anggaran kasar pernah menyatakan pendaratan UFO di seluruh dunia berlaku setiap 15 minit atau 30 minit.

Bagi bekas kakitangan kerajaan, Ahmad Jamaludin, 56, kemunculan UFO menjadi petanda gempa bumi akan berlaku di Sumatera, Indonesia.
Kejadian gempa bumi di Sumatera dipercayai berlaku dalam tempoh 24 jam hingga tiga bulan selepas UFO dilaporkan muncul.
"Jarak kemunculan UFO adalah bergantung kepada kekuatan gempa bumi itu. Jika magnitud 5 (biasanya kalau berlaku di kawasan utara Sumatera), ia (UFO) akan muncul di sebelah utara Semenanjung. Misalnya Pulau Pinang atau Kedah.
"Tetapi, jika magnitud itu lagi kuat, ia akan pergi jauh lagi, contohnya di Kelantan, Terengganu. Bergantung kepada magnitud tersebut," katanya.
MOHD. ZAMRI membuat lakaran piring terbang yang dilihatnya di Larkin, Johor Bahru pada 17 Mac lalu.

Memiliki pengalaman selama 33 tahun dalam bidang kaji kuman dan penyakit haiwan akuatik, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Ahmad yang ditemui Kosmo! Ahad di ibu negara tidak lama dahulu begitu teruja apabila diajak berkongsi perspektifnya tentang UFO.
"Ya, saya yakin memang ada UFO kerana banyak data yang menyokong kehadirannya," kata Ahmad yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.
Pernah belajar memandu dengan Kelab Penerbangan Perak, Ahmad memberitahu, beliau sering berhubung dengan pakar-pakar dan peminat UFO luar negara untuk merungkai misteri alam itu.
KITARAN kemunculan UFO. 'Makhluk asing' itu didakwa telah memetakan kehadirannya mengikut tahun.
Menurutnya, berdasarkan kajian menerusi kompilasi data-data sejak lebih tiga dekad lalu, UFO lazimnya muncul pada waktu malam.
"Data-data yang konsisten menunjukkan UFO biasanya muncul pada pukul 8 malam. Tetapi puncanya masih belum diketahui," ujarnya yang mula mengkaji tentang kehadiran UFO di Malaysia sejak tahun 1978.
Ahmad berpendapat kekerapan kemunculan UFO mempunyai kitarannya sendiri.
"Kemuncak kemunculan objek asing ini akan berlaku setiap 10 tahun. Tahun 2001, misalnya, dikategorikan sebagai tempoh kehadiran UFO paling banyak. Jadi gelombang itu bakal berulang lagi pada tahun ini atau tahun hadapan," katanya.
Kenapa hendak mengkaji UFO?
"Dengan mengkaji pendaratan UFO, kita dapat buktikan bahawa terdapat makhluk lain selain daripada manusia.
"Pakar-pakar astronomi turut meramalkan terdapat jutaan bintang yang ada penghuninya. Tapi satu pun tidak sampai ke sini kerana jaraknya terlalu jauh.
"Jadi saya ingin buktikan bahawa makhluk asing memang wujud dan mereka datang ke bumi," terang Ahmad panjang lebar.
Bagaimanapun, Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Zulhabibullah Ismail, memberitahu sehingga kini tiada bukti secara saintifik wujudnya UFO.
"Pengkaji di Amerika Syarikat dikatakan pernah terjumpa dengan makhluk asing yang dipercayai UFO namun apabila dikaji hasilnya hanyalah bangkai binatang ataupun manusia.
"Malah kajian Angkasa berdasarkan aduan orang ramai yang mendakwa melihat UFO di Perak, Johor dan Kelantan sebenarnya hanyalah objek payung terjun, belon kaji cuaca serta pergerakan arus elektrik di udara," katanya.
Bicaranya lagi, kajian yang beliau lakukan juga mendapati objek yang disangka UFO ialah komet dan meteor.
"Seperti belon cuaca, ia mempunyai aluminium yang boleh memantulkan cahaya dan kelajuan angin membuatkan ia pantas bergerak.
"Pihak berkuasa Amerika Syarikat sendiri pernah mengkaji dengan serius sama ada UFO wujud atau tidak dengan memasang radio teleskop gergasi di kawasan pergunungan bagi berhubung dengan makhluk misteri itu.
"Tetapi program itu gagal walaupun berbilion dolar telah dihabiskan," ujarnya,
Penceramah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah pula memberitahu, tiada satu pun ayat di dalam al-Quran dan hadis Nabi yang mengatakan wujudnya UFO.
"Yang ada ialah cerita mengenai syaitan, jin dan makhluk halus lain. Memang makhluk ini boleh bertukar rupa tetapi saya tidak pernah mendengar cerita jin bertukar menjadi piring terbang UFO," ujarnya.





2009/03/30

PERALIHAN KUASA



PM: Peralihan kuasa pasti berlaku.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata proses peralihan kuasa jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak akan berlaku bila tiba masanya."Tunggu jelah. Jangan minta saya cakap apa-apa. Semua ini akan berlaku bila tiba masanya."Peralihan akan berlaku," katanya selepas melancarkan projek Puncak Baru bersempena pembangunan semula tapak pasar minggu Kampung Baru di ibunegara hari ini.Dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno Sabtu lalu, perdana menteri berkata, beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Khamis ini bagi memaklumkan hasrat untuk melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.

BUKIT GANTANG, PERAK.



PAS tohmah Tekun 'cekik darah'

Datuk Noh Omar membidas pembangkang kerana menyifatkan skim pembiayaan Tekun Nasional bagi membantu usahawan kecil menyerupai peminjam wang haram yang "mencekik darah".Tabung pembiayaan itu, kata menteri pembangunan usahawan dan koperasi, telah membuktikan keupayaan membantu peniaga kecil melalui pembiayaan sehingga RM50,000."Ada pemimpin PAS menabur fitnah dalam kempen pilihanraya Bukit Gantang mengenai Tekun supaya rakyat membenci agensi itu. "Bagi pembangkang, apa sahaja usaha pembangunan yang berkesan dan sangat baik yang dilaksanakan oleh kerajaan BN untuk rakyat, dianggapnya perkara yang menyusahkan rakyat.

Beliau bercakap selepas penutupan majlis kementerian bersama pelanggan selama tiga hari di Dewan Changkat Jering malam tadi.Noh berkata jika seseorang itu mendapat pinjaman Tekun sebanyakRM15,000, peminjam perlu membayar semula sebanyak RM18,000, dan bukannya RM30,000 seperti yang didakwa oleh pembangkang."Itu satu tuduhan supaya rakyat membenci Tekun yang kini sangat popular," katanya.Noh, juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, berkata pembangkang akan melakukan perbuatan menghasut seperti itu apabila kerajaan melakukan sesuatu usaha untuk membantu golongan miskin,usahawan dan peniaga kecil.Kawasan parlimen itu menghadapi pilihanraya kecil yang menyaksikan persaingan sengit calon BN Ismail Saffian dengan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April ini.

Tekun hingga kini menyediakan modal pusingan berjumlah RM1.2 bilion berbanding RM800 juta ketika mula ditubuhkan pada 1998.Dari 2009 hingga 2010, Tekun diperuntukkan RM200 juta termasukRM50 juta bawah pakej rangsangan ekonomi kedua dan baru-baru ini ia turut mendapat tambahan RM6 juta lagi bagi menggiatkan usaha pembangunan dan membantu golongan sasaran.Tahun lepas agensi itu memberi pembiayaan RM360 juta berbanding RM120 juta tahun sebelumnya.

2009/03/18

Kesetian Kepada Raja dan Negara


Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Ini adalah prinsip yang kedua dalam Rukunegara Malaysia. Ada 5 prinsip semuanya. Dan ketaatan kepada Raja-raja adalah yang kedua. Selepas Kepercayaan kepada Tuhan. Kenapa?
Ini menunjukkan bahawa Institusi Raja-raja adalah amat penting untuk menjamin perpaduan dan keamanan negara dan rakyat. Generasi terdahulu menekankan prinsip ini sebab mereka tahu kemampuan Raja-raja untuk mengekalkan perpaduan rakyat. Dan ini sangat-sangat penting untuk negara yang berbilang kaum macam Malaysia yang kita sayang selama ni. Jadi sekarang ni, apa sudah jadi?

Semua orang macam dah lupa pada Rukunegara. Padahal saya yakin yang semua pemimpin-pemimpin parti-parti politik kat Malaysia ni pernah melafazkan ikrar Rukunegara dalam perhimpunan masa sekolah dulu. Tapi makin tua, makin lupa pulak nampak gayanya ni.. Hehe..
Rakyat kita, terutama anak-anak muda, baru saja nak faham dengan erti Rukunegara, lepas tu baru nak belajar cara nak amal dalam rutin harian mereka. Tapi, bila orang-orang lama, yang patut jadi contoh kt diorang ni buat perangai macam ni, mereka boleh jadi keliru. Jurupandu dah hilang arah, yang dipandu pun bertaburan la.

Pemimpin-pemimpin kita ni perlu sedar, apa yang mereka buat, akan bagi impak yang terlalu besar kepada minda rakyat kita, terutama golongan muda. Oleh sebab minda mereka masih dalam peringkat pembentukan, kita perlulah bentuk minda-minda suci ini dengan ajaran yang betul. Bukan dengan ajaran yang menyimpang, dan membenarkan perkara-perkara yang jelas tidak benar.

Pemimpin-pemimpin politik perlu jadi lebih bertanggungjawab dalam setiap tindakan mereka. Kalaulah mereka boleh amalkan Rukunegara dalam setiap perbuatan mereka, saya yakin, keadaan pergolakan politik negara sekarang ini boleh dielakkan. Sedarlah


KUALA LUMPUR 17 Mac – Hasrat Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk bertanding jawatan kedua tertinggi UMNO musnah apabila Lembaga Disiplin hari ini membuat keputusan melarang beliau bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Lembaga Disiplin parti itu mengumumkan, Mohd. Ali yang juga Naib Presiden UMNO dan salah seorang calon ‘pilihan’bagi jawatan itu bersalah di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO apabila tiga ejennya didapati bersalah mengamalkan politik wang.
Selain Mohd. Ali, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail turut mengumumkan, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersalah di bawah perkara yang sama.

Bagaimanapun calon Ketua Pemuda UMNO itu hanya dikenakan tindakan amaran.
Seorang lagi calon Ketua Pemuda yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah atas dakwaan politik wang.
Pada sidang akhbar tersebut Lembaga Disiplin UMNO mengumumkan hasil siasatan 29 kes pemimpin dan ahli UMNO berhubung kes politik wang dengan 15 daripadanya didapati bersalah.
Turut bersalah dan digantung keahlian selama tiga tahun ialah Ketua Pemuda UMNO Sabah, Datuk Japlin Akin; Ketua Wanita UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Salmah Pin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Maran, Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi
Ahmad Rithauddeen berkata, Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO adalah berkaitan anggapan kebersalahan jika ejen atau pelobi atau perayu kempen calon didapati bersalah dan ada fakta calon terbabit ada pengetahuan atau terlibat.‘‘Jadi kesalahan itu adalah disebabkan ada sabit p

ekerja dia atau apa saja, yang buat salah, maka dia sebagai prinsipal juga akan dianggap bersalah. Tetap kesalahan itu tidaklah sama seperti yang dilakukan ejennya,’’ katanya di Ibu Pejabat UMNO di sini hari ini.

Menurutnya, dalam kes Mohd. Ali, Lembaga Disiplin mendapati tiga ejen Ketua Menteri Melaka itu termasuk Setiausaha Politiknya, Saadun Basirun didapati bersalah dalam politik wang.
Tambahnya, dua lagi ejen beliau ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil, Rosli Hasan dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Katil, Zalina Ismail.
Ketiga-tiga mereka dikenakan hukuman gantung keahlian selama tiga tahun.
Ahmad Ritahuddeen berkata, walaupun Mohd. Ali yang juga Naib Presiden UMNO telah diberi peluang memberikan penjelasan dalam soal siasat yang dijalankan, Lembaga Disiplin tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Beliau menjelaskan, Mohd. Ali hanya dilarang daripada bertanding pada pemilihan parti minggu depan tetapi keahliannya tidak digantung.
Ditanya kenapa hukuman yang tidak sama dikenakan ke atas Khairy walaupun didapati melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1, beliau berkata, hukuman tidak semestinya sama kerana tahap kesalahan yang berbeza.
Perbezaan itu juga katanya, adalah kerana pembuktian yang lemah terhadap restu calon kepada ejennya.
‘‘Hubungan ejen dengan Khairy juga tidak begitu jelas, bagaimanapun untuk melepaskannya begitu sahaja tidak boleh kerana terdapat sedikit bukti melibatkan beliau dengan kesalahan berkenaan,’’ ujarnya.
Ditanya aduan politik wang terhadap Ahli MT UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria yang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah, Ahmad Rithauddeen enggan mengulas kerana ia belum diputuskan oleh pihak berkenaan.

Mengenai calon-calon MT yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jelasnya, ia adalah perkara yang berasingan.
‘‘Asas kita adalah Tataetika Ahli UMNO sahaja. Kalau SPRM ia libatkan kesalahan jenayah. Jika kesalahan jenayah berlaku, ia tugas polis untuk siasat dan tentukan ada kes atau tidak, jika ada teruskan dengan pendakwaan,’’ ujarnya.
Menurutnya, pengumuman hukuman terhadap ahli UMNO yang terbabit dengan salah laku menjelang Perhimpunan Agung bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana ia juga pernah dilakukan sebelum ini.

‘‘Kita juga membuat keputusan sama pada pemilihan sebelum ini, mereka yang terbabit boleh membuat rayuan termasuk selepas pemilihan,” katanya

safaruddin bin Ahmad - Recently Updated Pages

Powered By Blogger

Majlis Rasmi

Majlis Rasmi

SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA

sila respond dan bagi pandangan

Kenali Saya

Kenali Saya
Jom Kenal

Mengenai Saya

Foto saya
Kuala Lumpur, Malaysia
Saya berkerja di Jabatan Kerajaan. Emel saya bce492@hotmail.com

sapar's Site

Daftar Blog Saya