
Johor
Kenangan semasa menginap di Hotel New York Johor Bahru, semasa menghadiri Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2008.
Sesiapa boleh berbicara dalam blog saya, tiada sekatan dan halangan yang penting dia memberikan maklumat dan pengetahuan pada semua.Pandangan dan cadangan saya dan tuan puan tidak semestinya benar dan boleh di guna pakai. Jangan sesekali menyebarkan fitnah atau tuduhan dalam blog ini. Pandangan perlu jelas tidak memburuk-burukkan mana-mana pihak kerana ditakuti akan menyebabkan timbul rasa kurang senang kepada pihak tertentu nanti.
Tampin
Masalah Dadah di Malaysia sememangnya sejak dahulu lagi telah membimbangkan masyarakat di Negara ini. Masyarakat Melayu yang telah di kenal pasti yang paling ramai terlibat dengan masalah penagihan dadah. Pusat Pemulihan dadah di seluruh Negara sekiranya di buat tinjauan golongan dan bangsa yang menjadi penghuninya akan mendapat satu jawapan yang tepat bangsa melayu khasnya orang melayu terramai yang menghuni Pusat Serenti Di Malaysia. Kes penagih dadah berulang kali masuk Pusat Pemulihan Dadah memang biasa kita dengar, kenapa terjadinya perkara sebegini.
Adakah cara pemulihan oleh Pusat Pemulihan Dadah tidak menepati atau tidak berupaya mengatasi masalah ketagihan yang di alami oleh Penagih Dadah yang di rawat di Pusat Pemulihan Dadah di Malaysia. Penekanan dalam soal ilmu kerohanian dan agama sememang di ambil berat dan rawatan secara moden dengan ubat ubat bagi menghalang mereka terangsang dengan dadah telah di berikan, tapi masih belum berjaya mengatasi masalah penagih dadah berulang menagih dadah bila keluar ke pangkuan masyarakat.
