2008/07/07

2008/06/15

2008/05/21

Masjid Selat di Melaka



Melaka - 22.05.08


Masjid Selat di Pulau Melaka amat unik dan menarik serta nyaman bila berada di dalam juga di kawasan pesekitaran luar Masjid Selat. Hal sedemikian terjadi kerana ianya terletak di kawasan laut di Bandar Hilir Melaka, yang sebahagian laut telah di tebus guna untuk mendirikan Hospital, Pusat belia belah dan sebagainya lagi di kawasan Bandar Hilir Melaka.
Jangan lupa berkunjung di Masjid Selat di Pulau Melaka yang indah dan menarik bila sampai ke Melaka.

2008/05/05

Maklumat Tepat dan Benar

Jabatan Penerangan Malaysia mempunyai peranan yang amat penting dalam penyebaran maklumat yang tepat dan benar kepada masyarakat. Dunia kini telah mempunyai pelbagai saluran berita secara bercetak atau secara maya yang menyiarkan bermacam bentuk berita yang di sasarkan kepada masyarakat dunia. Oleh kerana itu setiap Kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia amnya dan Kementerian Penerangan khasnya wajar mempunyi sikap dan daya berfikir selari dengan dasar dan arus Kerajaan yang memerintah. Saya mempunyai ramai kenalan di Kementerian Penerangan Malaysia, yang mana Jabatan Penerangan Malaysia berada di setiap daerah di Malaysia. Saya berpendapat terdapatnya kakitangan Kementerian Penerangan Malaysia yang mempunyi sikap dan pegangan yang kurang peka hal ehwal semasa dan juga tidak mesra kepada orang ramai dan pelbagai lagi sikap yang sering diamalkan dan sikap ini akan mencemarkan imej sendiri malah Kementerian Penerangan Malaysia juga Jabatan tempat mereka berkhidmat. Saya mengharapkan ubahlah sikap dan pemikiran selari dengan tugas tuan puan sebagai penyebar maklumat tepat dan benar bagi pihak Kerajaan yang memerintah Malaysia.

Fikir-fikirkan lah tuan puan

2008/04/09

Jabatan Kerajaan di Malaysia

Rembau - 10.04.2008

Di Malaysia Jabatan Kerajaan adalah jawatan yang sering menjadi rebutan dan sangat berharga bila kita duduk dalam Jabatan dan Kerjaya berkenaan. Lepasan Universiti dan lepasan sijil berlumba-lumba mengisi dan mencari peluang untuk menjawat jawatan dalam Kerajaan. Yang menjadi persoalan adalah taraf jawatan dan tanggungjawab pegawai berkenaan. Pengalaman saya bertugas di daerah adalah pegawai yang menjalankan tugas dari pada mereka yang baru dan taraf jawatan adalah rendah sekitar gred 17 ke bawah, mereka perlu menjalankan tugas menjaga, memberi penerangan, memperbaiki dan membimbing para penduduk atau masyarakat dalam sesuatu daerah.

Pegawai yang bergred 32 ke atas akan dihantar ke ibu pejabat Negeri berkenaan atau di Kuala Lumpur. Sistem sedemikian amat menyukarkan pegawai yang menjalankan tugas di daerah kerana terpaksa menghadapi pelbagai ragam masyarakat yang terdiri dari pelbagai latarbelakang yang berbeza, yang ada pegawai tinggi kerajaan, polis pencen taraf sarjan ke atas dan sebagainya.

2008/04/02

Tepat atau salah sasaran

Tampin - 03.04.2008

Mohd Taib telah sekian lamanya tidak berkhidmat dalam Kerajaan, telah dengan tidak disangka-sangka telah dilantik Menteri, yang bertindak lebih kepada masyarakat diluar bandar yang dahulunya di sandang oleh Aziz Shamsuddin. Adakah pemilihan beliau tepat atau hanya untuk mewakili Negeri Selangor yang telah jatuh ketangan pihak pembangkang. Satu sudut pemilihan beliau adalah sesuai kerana beliau boleh dikatakan veteran UMNO dan telah memahami akan permasalah akar umbi dan dapat menyelesaikan masalah sekiranya berlaku sesuatu isu yang perlu beliau campur tangan. Sekiranya dibaca dan buka fail lama, cerita beliau membawa sejumlah wang yang besar keluar Negera untuk tujuan tertentu akan menyebabkan masyarakat akan menyoal kenapa beliau masih diberikan kepercayaan untuk menjawat Menteri, adakah sudah tiada lain orang UMNO yang sesuai dan berpengalaman itu akan menjadi persolaan masyarakat.

Pak Lah mungkin ada jalan dan rancangan yang beliau fikirkan baik untuk kerajaan di bawah kepimpinan beliau dengan melantik semula Mohd Taib sebagai Menteri dan Ketua Penerangan UMNO. Kebaikkan dan sikap tak mudah melenting bila berlaku sessuatu isu, faktor yang membolehkan Mohd Taib dilantik semula dalam Kerajaan. Mohd Taib kemungkinan akan dijadikan contoh kepada generasi muda dalam UMNO dengan pengalaman dan fikiran beliau yang sekian lama dalam UMNO mampu menjadi contoh atau panduan kepada generasi baru yang di lantik senagai Menteri atau Timbalan Menteri dalam kepimpinan Pak Lah.

Masyarakat desa lebih memahami sikap Mohd Taib kerana itulah jawatan beliau menjurus kepada masyarakat Desa. Kemungkinan sikap dan tindakan beliau sebelum ini, akan menjadi persoalan masyarakat tetapi jalan mudah untuk membersihkan nama beliau dengan tidak melayan sebarang kenyataan yang mempertikaikan kejujuran dan keperibadiaan beliau semasa dahulu. Tumpuan hanya kepada rakyat dan bantu mereka daalam apa juga permasalah yang berkehendak khidmat dan bantuan dari beliau. Kebaikkan pasti berupaya menutup keburukkan

Semoga Mohd Taib berjaya membawa masyarakat desa ke arah masyarakat yang lebih maju, berdaya saing dan sifar kemiskinan.

2008/03/24

Masa untuk Bersatu Demi Orang Melayu


Tampin 25.3.2008
Orang Melayu di Malaysia yang berlainan fahaman politik sewajarnya membuat perubahan pemikiran demi menjamin keutuhan orang melayu di Malaysia. Selepas pilihanraya ke 12 (2008) parti yang diwakili kaum bukan melayu khasnya kaum cina telah berjaya memenangi banyak kawasan yang sebelum ini diwakili oleh Parti Kerajaan. Kaedaan sedemikian telah membawa pelbagai perubahan yang ingin diubah oleh pihak pembangkang yang memenangi 5 Negeri dalam pilihanraya ke 12 ( 2008 ) sehingga DEB yang berperanan membantu kaum Bumiputera khasnya melayu yang ketinggalan dalam pelbagai bidang dibumi Malaysia juga ingin diubah atau dihapuskan kerana mereka berpandangan ianya lebih melahirkan golongan kroni, gejala rasuah dan salah laku.
Kaum melayu perlu bersatu membentuk satu pakatan yang terbaik, demi menjaga masa depan anak cucu kita dibumi Malaysia, kerana dalam era kemodenan sekarang pelbagai ancaman dan tekanan pasti akan terjadi kepada kaum melayu dari pelbagai sudut hanya dengan bersatu sahaja kaum melayu mampu mengatasi permasalah yang dilemparkan kepada kaum melayu kelak. Kesusahan dan sangsara yang berpanjangan bakal menimpa kaum melayu andainya kaum melayu masih bermusuhan sesama sendiri, satu pihak kata pihak lain tak betul dan sebagainya yang suka dan gembira adalah pihak lain. Orang melayu dalam BN dan orang melayu dalam PAS wajar bersatu hati membela kaum melayu bukan saling salah menyalahkan semasa sendiri.
Gabungan BN dan PAS adalah jalan terbaik dalam menyelesaikan permasalahan yang menimpa kaum melayu di Malaysia, buangkan rasa sakit hati, iri hati dan yang penting perjuangan membela kaum melayu agar lebih berjaya dan dipandang tinggi dibumi Malaysia. PM Pak Lah dan Nik Aziz wajar merintis jalan membina satu gabungan parti PAS dan BN yang kuat untuk kepentingan kaum melayu lebih terjamin di Malaysia.

safaruddin bin Ahmad - Recently Updated Pages

Powered By Blogger

Majlis Rasmi

Majlis Rasmi

SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA

sila respond dan bagi pandangan

Kenali Saya

Kenali Saya
Jom Kenal

Mengenai Saya

Foto saya
Kuala Lumpur, Malaysia
Saya berkerja di Jabatan Kerajaan. Emel saya bce492@hotmail.com

sapar's Site

Daftar Blog Saya